Bosan Surfing? Download Toolbar & Dengar Radio....

Banyak radio untuk didengar dari seluruh dunia. Download toolbar ini...
toolbar powered by Conduit

Monday, December 1, 2008

I'll Be in KK Before Christmas

Still busy with trading but I went to some other places around Selangor. Ala, pigi sana Bukit Malawati saja...bawa anak2 bagi makan monyet (lotong) yang jinak2. My daughter menangis bila lotong mengerumuni dia..sebabnya aku lupa yang anak aku bawa dua plastik kacang tanah. Sebaik turun dari keretapi tu, semua monyet memandang dan belari mengerumuni anak aku. So apalagi, anak aku menjerit dan menangis ketakutan. Aku plak dah 3-4 kali pegi ke sana, so, biasa bagi makan monyet ni. Aku ambik kacang tadi dan semua mengerumuni aku plak...tapi kerana aku dah biasa, it is ok..aku sorok kacang tu sampai semua naik atas badan..hehehe..last2 bila anak aku tengok ayahnya ok je, dia mula berani...nanti aku update kat sini berserta gambar...

By the way, I am going to KK before Christmas...I'll be in KK on 21/12/2008, balik kampung Bongawan sekejap. Malam aku berada di KK sehingga petang 23/12/2008. So, aku terlalu sibuk dengan urusan trading. Turun KK ni pun just memenuhi jemputan beberapa orang rakan yang menganjurkan 'Live Trading' tertutup di KK. Program yang aku panggil program mentor ni akan aku jalankan secara live. Hanya 15 orang yang aku benarkan. Kesemua 15 orang ni akan dapat bimbingan dan rahsia teknik Fiborider 2.0 dan Fiborider 1.0 (Fibo + EW). So, beberapa orang ni akan akau ambil jadi anak didik aku nanti, berdasarkan disiplin dan kawalan psikologi yang bagus. Anak didik akan mendapat beberapa rahsia dan panduan yang lebih mendalam dari aku sendiri.

This is the first batch mentor program. Ni pun atas desakan rakan2, sebab sebelum ni aku cuma bagi signal. Now, signal pun secara percuma, dengan syarat berdaftar dan aktif dalam IB aku, kat http://fkfpro.fk-forextreme.com/. So, program ni aku buat secara percuma juga. Syaratnya mudah, tiket dan penginapan aku mereka tanggung, manakala semua diwajibkan buka akaun dibawah IB melalui website di atas. Selain tu, buku yang akan aku berikan tidak dibenarkan sama sekali untuk diedar dan dibuat salinan. Ini kerana buku ini masih dalam penulisan dan akan aku terbitkan nanti.

Semua rahsia teknik Fiborider akan aku curahkan pada mereka ni. Teknik yang terbukti dapat menjana lebih 1000 pips sehari dengan 12 pairs. So, whatever it is, aku harap anak didik batch pertama di KK ni mampu memahami kiraan Fibonacci dan juga memahami Elliot Wave dengan jelas. Juga aku harap batch di Sabah ni akan menjadi trader yang terkenal suatu hari nanti...

So, nanti aku update lagi...

Wednesday, November 12, 2008

Maybank vs. Al Rajhi - Withdrawal Result


Ok, last week, Friday, I told you about my withdrawal test. Just read below.

Hmm....my expectation not met :(

Al Rajhi charged me RM9 for wire transfer while Maybank RM5.

See the attachment. The broker bank charge me $42 or RM148.68 (I withdraw $1120 and the bank left $1078 for me). It is ok for me because wire transfer fees are really expensive.

So, the result is - I will withdraw my forex trading earning to Maybank....

And I still use Al Rajhi because their ATM card is a Debit Card. Good for Paypal user like me....

Some of you asking me how to trade forex...just wanna tell you, simply go to my website, http://fkfpro.fk-forextreme.com or go to the main website, http://www.fk-forextreme.com.

Friday, November 7, 2008

Withdrawing USD1,120 + USD357 From Forex

Hmm...bit busy with trading and so many things to do. Looking a piece of time to write here again...

Today I am continue busy with trading, just as previous normal day. Tonight is my badminton time (terer lah katakan...hehehe...kalah datuk lee chong wei...datuk dia..bukan dia..).

Just now I withdraw a sum of USD1120 (RM3,950) from my forex trading. Hmm...need money untuk enjoy...huhuhu...but today I withdraw to my Al-Rajhi Bank account. Normally I use Maybank. But today I would like to try Al-Rajhi. Previously, I withdraw my Paypal money to Al-Rajhi. The fees taken by Paypal was USD5 while Al-Rajhi took only RM1 saja ma...but, for wire transfer from abroad to Maybank, the fees are RM5 from Maybank while the forex broker bank charges is about USD49...aiyyooo...so mahal lah...

So, kalau Al-Rajhi fees is RM1 macam fees transfer Paypal hari tu, I will save RM4 compare to Maybank...

Hmm...today also I withdraw USD357 (RM1,249) from another account own by me at different broker....hmm...bolehlah aku enjoy sikit...

Google Adsense? This month I only earned USD106 (RM371)...yes, as mentioned before, I am not focusing adsense for my internet earnings...adsense just 'duit kupi' kata orang Sabah atau 'Usin Sigup' kata orang Bongawan...I do not know whether I should withdraw this money or not...

I think better not to withdraw this adsense money....hehehehe....

Thursday, October 30, 2008

Buaya Bongawan, Membakut and Tuaran (Crocodile - Mystique & Mystery)

I do not know why I love crocodile. Yes, aku amat kagum dengan bintang reptile ni. Bagi aku buaya adalah binatang gagah yang penuh mistik dan misteri. Jika ke zoo, binatang inilah yang menjadi perhatianku....aku pula sebenarnya tak suka tengok buaya yang terkurung seperti kat taman buaya tuaran, dsbnya. So, aku tak berminat untuk menulis tentang Taman Buaya Tuaran, Sandakan, Melaka dsbnya. Aku lebih suka tentang buaya liar...I mean wild crocodile...dan aku sering berharap agar aku melihatnya menyusuri sebatang sungai suatu hari nanti...

Cerita menarik dari orang tuaku tentang buaya Bongawan, Sabah pada masa dahulu :
1. Zaman dahulu di Sungai Bongawan, untuk membolehkan penduduknya mandi di sungai, benteng dari pokok nibung dibina disekeliling tebing sehingga membentuk satu kawasan mandi yang seperti berpagar untuk mengelakkan buaya membaham penduduk kampung.

2. Dihikayatkan juga pada masa tersebut, buaya di Sungai Bongawan mempuyai kuasa mistik yang membolehkan mereka menyeru penduduk terjun ke sungai Bongawan untuk menyerahkan diri mereka untuk dibaham. Ntah, sukar untuk aku terima kenyataan ni...tetapi itu yang diceritakan.

3. Pernah seorang lelaki diserang buaya. Setelah 3 hari pawang buaya berusaha, akhirnya lelaki ini tiba-tiba dihumbankan oleh buaya tersebut dari air ke darat. Anehnya lelaki ini masih hidup walaupun sudah 3 hari berada di dalam air. Lelaki ini mengakui dia memiliki ilmu boleh bernafas dalam air..(wah...ni boleh masuk pertandingan menyelam ni...). Buaya tersebut menendang lelaki itu ke darat kerana lelaki tersebut mencucuk mata buaya tersebut semasa dalam air. Lelaki itu juga memberitahu buaya tersebut menindihnya didalam air seperti ingin memeram bangkai. Peristiwa ini berlaku pada tahun 50 an dulu dan lelaki tersebut telah lama meninggal dunia.

Beberapa cerita lain tentang buaya :

1. Aku pernah melihat buaya liar di Sungai Papar ketika aku baru berumur 10 tahun. Buaya tersebut hanya timbul dan menyusuri Sungai Papar (kawasan kilang mancis) untuk beberapa minit. Aku masa tu bersama dengan beberapa orang rakan.

2. Pakcik ku pernah terkejut beruk sebab yang disangkakan batang kayu atas jalan rupanya adalah seekor buaya. Kejadian ni berlaku suatu masa dulu di Andus Papar, berhampiran jambatan yang merentasi Sg. Benoni. Masa tu awal pagi, dalam pukul 3.00 pagi. Beliau yang menunggang motosikal masa tu sempat mengelk dari terlanggar.

3. Buaya sesekali dilihat muncul disekitar muara sungai Bongawan.

Minat mendalam aku pada buaya sebenarnya membuatkan aku selalu mencari artikel atau melihat video tentang binatang ni terutama kat National Geographic dan Animal Planet. Mungkin aku kagum dengan binatang ni kerana kehidupannya penuh mistik dan misteri. Bujang Senang di Sarawak umpamanya, biarpun kini sudah tewas, tetapi lagendanya tetap hidup. Apatah lagi ia diselubungi misteri kerana saiznya yang luar biasa dan hanya menyerang suku kaum tertentu sahaja.

So, aku selalu cuba mencari video tentang buaya liar (aku tak suka buaya terkurung!) so aku juma dua video ni...buaya liar yang tak sengaja dirakam di Sungai Tuaran dan Sungai Pimping membakut.

Buaya Liar Sg. Tuaran


Buaya Liar Di Sg. Pimping, Membakut. Aku ambik part 2 dan part 3 sebab part 1 tu sama ngan part 2...


Part 3

Wednesday, October 29, 2008

Think Something Different...

Hmmm...still bz with my forex trading...sampai aku tak terfikir nak tulis apa dalam blog ni...

By the way, aku suka tengok dan baca blog mana-mana Sabahan. Yes, and I know about Sabahan Bloggers Gathering, cuma aku takde masa nak join, lagipun aku jauh kat KL ni...apatah lagi Sabahan Bloggers semua bukan kenal aku pun...(next silent millionaire...hahahaha...)...

Bila baca blog Sabahan semua, one think yang aku terfikir - semua berita sama je...its about food...keluar makan dengan kawan-kawan, ambik gambar dan tulis lam blog. Unduk Ngadau - one of favourite Sabahan bloggers, hampir semua tulis pasal ni. Bila hari raya je, semua tulis pasal pegi beraya kat rumah kengkawan...hmm..bukan nak condemn....it is good actually. But, bila hampir semua Sabahan bloggers tulis benda yang sama, bosan pula kan...kata orang Brunei Bongawan, "baus udah ku mbaca, balik2 ia jua ceritanya"...but, itu kebebasan kita bloggers ni dalam menulis sesuatu...hak mereka, hak masing-masing...

So, thinking about something....I am looking at the Bongawan bloggers...none...I am the one from Bongawan, I guess...but found one article, for me nice article about pre-war shophouses written by Tham Yau Kong, if I am not mistaken....

Yes, thinking....macam Pooh selalu kata sambil mengetuk kepalanya dengan tangan "Think, think, think...."

I miss Sabah, especially my hometown (town? hahahaha...pekan pun tak layak...maybe kampung...)...yes...the last I balik kampung hari tu on June 2008.

Ok, back to the topic....well, still thinking something different to write in this blog...hopefully different than others. But still I have no time to find my old picture...yes old picture which almost all were taken in Sabah!

Friday, October 24, 2008

Mother Tongue - Brunei Bongawan Language (Part 1)

Kadang di KL ni aku rindu untuk berbahasa Brunei, bahasa ibunda ku di Sabah. Aanak2 ku memanggil aku 'Bape' (Bapa) dan ia trademark keluargaku kerana sebutan 'bape' adalah dalam dialek Brunei Bongawan. Aku sendiri takut kalau2 aku terlupa perkataan penting yang kini banyak ditelan zaman.

Betul, masyarakat atau suku kaum Brunei di Sabah memang menggunakan bahasa Brunei sepenuhnya dalam pertuturan seharian. Malah kalu kita lihat, bahasa Sabah sendiri banyak dipengaruhi oleh bahasa Brunei.

Bahasa Brunei di Sabah juga terbahagi kepada beberapa dialek berdasarkan keturunan dan juga geografi. Contohnya Kedayan menggunakan bahasa yang ada sesetengahnya sukar difahami. Manakala Brunei Papar terutamanya di sebelah Benoni dan Kg. Laut menggunakan bahasa yang bermelodi atau beralun. Ada juga beberapa perkataan yang berbeza antara lokasi seperti Brunei Kuala Penyu dan Bongawan, termasuklah Labuan. Contohnya, terkejut dalam Bahasa Brunei Bongawan disebut 'beliang hatiku', manakala di Kuala Penyu disebut 'kebeliangan'. Apa pun, ianya satu rumpun...rumpun Melayu berbangsa Brunei...mari kita lihat perkataan ni dan maksdunya dalam bahasa Melayu :

ketaguran - kena sampuk
lampoh - gemuk
tamaha - tamak
karing leher - haus, dahaga
beria - berak, buang air besar
kamih - kencing, buang air kecil
baus - bosan
limpang-limpang - baring
geragitan - geram
tuis liur - keadaan teringin sangat, terutama pada makanan, kecur
kambang liur - loya
kabat - tutup (digunakan untuk pintu & tingkap)
pelacahan - longkang
lacah - becah (lecah dalam bahasa Perak)
piasau - kelapa
pemarang - parang
ubi manis - keledek
aing - air
bisai - cantik, lawa
terajun - terjun
keraja - kerja
kalur - bodoh alang, dungu
terais - menjerit
ingar - bising
kudut - pinggan
cuwek - pinggan kecik (biasanya untuk cawan)
ampai - letak
betian - bunting, mengandung

Oklah...cukup setakat ni dulu....cuma sebutan Brunei Bongawan agak 'special', sebab tu orang Brunei lain mengatakan bahasa Brunei Bongawan adalah bahasa orang KL. Mengapa?

Sebab pronounce yang menggunakan 'e' dibelakang setiap perkataan yang berakhir dengan huruf 'a', contohnya kereta akan disebut kerete, apa disebut ape, mana disebut mane...

Sebab tu jugalah semua anak-anak ku memanggil aku 'Bape'....hehehehehe!

Tuesday, October 21, 2008

Money from Internet - My Proof

Well, after one week 'off trading' sebab cuti raya, start je minggu seterusnya aku pulun trading cukup2. That is why I do not update this blog for so long....(so long ke ni?). Mungkin ramai yang tanya, ngapa la aku tak tumpukan pada Adsense macam blogger lain...

Adsense ni bagi aku setakat cari duit ala kadar je...sebab tu blog ni aku buat dalam Bahasa Melayu..., aku tak kisah sangat...sebulan pun aku cuma dapat dalam USD100-USD120 je melalui Adsense ni...

So, rahsia tu kini terjawab....'cause I have another internet business and my focus on forex trading'...ala, macam main saham...ada untung ada rugi...kalau silap bacaan rugi lah...kalau betul kiraan dan bacaan untunglah...

Maklumlah, lepas raya...duit dah kering, aku ada sedikit saham kat BSKL, so aku jual sikit saham aku...3 lot je...dapat le RM5k lebih...

Selain tu aku withdraw hasil dari forex dan internet business aku...ni sedikit dari hasil forex dan internet business aku...alhamdulillah....


Yang dalam kotak biru pertama tu hasil yang masuk terus ke dalam akaun aku...yang kotak biru ke dua tu hasil forex melalui akaun yang aku kongsi ngan seorang kawan...bahagi dua la tu...

Kotak merah yang RM95 tu hasil internet business (ada banyak RM95 masuk kat bawah2 tu)...dan yang RM312.02 tu adalah duit Adsense...

Kat bawah2 tu banyak lagi...tapi tak payah lah aku tunjuk kat korang semua....sebab aku ni low profile sikit...hahahaha....

Bulan Oct ni aku tak sabar nak withdraw lagi...sebab nampaknya duit internet melalui forex bulan ni lagi banyak....hehehehe....

Monday, October 6, 2008

Hari Raya & Celak Kerangin (Kuih Dangai)

Raya tahun ni aku balik ke rumah mentuaku di Teluk Intan. Hmm...sesuatu yang tak best berlaku lagi...aku sekali lagi terlupa untuk membawa kamera digital ku...aku bertolak dari KL pada pukul 9.30 malam. Memang aku dah ingat lam kepala supaya tak lupa bawak kamera. Bukan apa, mana tau aku terjumpa sesuatu di tengah jalan, apatah lagi pernah majalah Mastika melaporkan bahawa beberapa orang yang melalui jalan Bidor-Teluk Intan pernah melihat UFO...wah best jugak kalau leh tangkap gambar...tapi hampeh...Lagi sekali aku tak dapat menangkap gambar2 yang aku inginkan...apatah lagi kemeriahan hari raya di Teluk Intan. Highway menuju ke utara ok je hari Ahad tu...tak jam seperti yang di sangka...Best...harap2 aku tak kena saman speed trap...

Isnin tu aku pegi la Baazar Ramadhan Teluk Intan...mata aku mencari sesuatu yang tradisional atau yang susah nak jumpa kat KL. Sebenarnya semuanya hampir sama je, samada lauk pauk atau kuih muih...

Tapi ada satu gerai tu agak istimewa sebab dia jual pecal. Pecal kat Teluk Intan ni bercampur dengan bihun atau suhun. Kalau di Sabah atau lebih baik aku sebut Bongawan, pecal ni best sikit, sebab selain dari ulam dan daun ubi kayu, kengkadang dicampur ngan jantung pisang...isshhh meleleh air liur....

Sampai satu lagi gerai, aku tertarik dengan sesuatu....kalau di Bongawan, ia disebut sebagai kuih Celak Kerangin dan boleh didapati pada hari Tamu di daerah yang didiami orang suku kaum Brunei seperti Papar, Bongawan, Membakut, Beaufort dsbnya. Sebenarnya kuih ni adalah kuih tradisional orang2 Brunei. Tapi kali ni aku jumpa di Teluk Intan. Ada beberapa buah gerai menjual kuih ni...nak tau camana bentuknya ni dia....



Ni gambar ni bukan aku punya gambar...aku carik kat Internet...kat http://helwamanchester.fotopages.com/?entry=1063364...Siap ada resepi tu...Kalau kat Bongawan tu, bentuknya bulat leper je...kata pembuat kuih ni, dia takde acuan, so dia potong lah ikut bentuk 3 segi. Takpe, bentuk tak penting, yang penting rasa...Kat Teluk Intan plak macam perahu je bentuknya.

Rasanya sama- manis2 masin dan of course, rasa kelapa...so, rasanya takde bezapun ngan buatan Bongawan....

Terubat jugak rindu nak makan kuih tradisional Bongawan ni...tak sangka jumpa kat Teluk Intan. Balik rumah aku tanya pak mentua aku, apa nama kuih ni...dia kata ni Kuih Dangai...

Nanti aku balik Sabah aku gambar plak Kuih Celak Kerangin....sama je...nama je beza...umpama Lauk Berampap @ Lauk Berabus (Ikan Rebus Kunyit) & apa yang orang Teluk Intan panggil - Masak Pindang...sama je...nama je lain...Ampap & Pindang...

Thursday, September 25, 2008

KL-Labuan-KK-Tambunan-Keningau-Papar-KK-KL

Bulan June 2008, aku dan kengkawan ditugaskan untuk ke Sabah selama 2 minggu....Labuan, KK, Papar, Tambunan dan Keningau menjadi sasaran...aku plak terlupa bawak kamera...ntah ngapa bangang sangat, sampai lupa....hehehe...Nasib baik kawan sorang tu bawak kamera...hmmm...Dan...ni satu-satunya pemandangan yang sempat aku ambik guna kamera kawan masa balik dari Keningau...lokasi aku lupa...tapi selepas Gunung Mas...

Sempat juga singgah kat Lok Kawi Wild Life Park...macam mini zoo lah, kedudukannya agak terseorok di jalan lama KK...sebenarnya lam sangkar tu ada burung tiung yang pandai cakap beberapa perkataan macam Assalammualaikum, buat apa bos, penat kah bos, babai bos, ok bah kalau kau dan ntah siapa yang mengajar perkataan ni..."F*ck You"...hahahaha...

Bah bos...kalau mau masuk RM10 bah tiket, tapi kalau kamu mau masuk free dalam ni, kita buatlah macam berbincang2 begini....kalau bos saya nampak, kunun-kunun kamu semua pensyarah universiti mau buat kajian bah...ok kah bos?... - Sebelum masuk ke Lok Kawi Wild Life Park...Terimakasih pada bro ni yang bagi kami penerangan panjang lebar pasal haiwan & lokasi mereka dalam tu...

Last2, aku sempat juga balik ke Kampung ku di Bongawan untuk menjenguk orang tua...hmmm..nampak rumah orang tua ku dah semakin buruk...kalau akau ada rezeki esok, aku akan buat banglo kat sini...bukan utk aku tapi utk orang tua ku...


Sebenarnya, misi ke Sabah hari tu membuatkan aku penat...sebab, hanya aku sorang saja yang drive. Aku yang offer drive sebab dalam ramai2 tu, hanya aku yang berasal dari Sabah dan hanya aku yang tahu jalan kat Sabah!

Tuesday, September 23, 2008

Classic Urine Bowl

Masa ni aku ada training kat Taiping, Perak, Malaysia. Training tu di buat di salah sebuah golf club kat taiping. Makan kat sini sedap...best! Bangunan plak agak lama, biarpun nampak kesan2 refurbish, tetapi still mengekalkan suasana colonial. So, lepas makan tu aku pi la toilet...masuk2 je aku tertarik dengan benda ni...sebab rasanya kita takkan jumpa lagi urine bowl klasik macam nih kat mana-mana...aku rasa lah, kelab golf yang terletak tepi Taman Tasik Taiping ni harus diberi pujian sebab mengekalkan keadaan ini. So, kita takleh nak lupa zaman kita di jajah Inggeris dulu....


Tengok la sambungan antara bowl tu, nipis je...tak macam sekarang, siap ada papan...kalau ada orang sebelah kita, bolehlah kita share tengok 'anu' masing2...ishh...

Pokok Lucah...

Ni masa tunggu kengkawan lain turun depan hotel Promenade,KK, aku terpandang le pokok yang dah takde daun ni...pokok palma sebenarnya. Menarik kan?? Macam apa je bentuknya tu...berbulu lagi...so aku suruh le kawan aku amik gamba guna handphone sebab aku lupa nak bawa kamera...

Apa...korang kata aku dirty minded? Mana ada...tu menunjukkan imaginasi aku tinggi atau tahap pemikiran aku yang kuat...uweekkkk!!

Sabah Funny Signs

Bulan June yang lepas, aku adalah turun ke Sabah atas urusan kerja. Banyak tempat jugak aku kena pergi, dari Labuan ke Tambunan, Keningau, Papar, Lok Kawi dan sekitar Kota Kinabalu. Malangnya aku pula terlupa bawak kamera...so, jika terlihat sesuatu yang menarik untuk dirakamkan, aku mintak kawan rakamkan melalui telefon bimbit (err...handphone aku tak se'clear' handphone dia...maklum lah...model lama...hehehe).

Masa aku & dia pegi ke salah sebuah kedai dobi kat area Kg. Air KK (minyak naik, so nak jimat la nih...tak nak antar dobi hotel...) aku ternampaklah signboard ni kat kedai dobi tu...so korang sendiri2 lah fikirkan apa maksudnya, sebab ada sesetengah tu aku pun pening nak fikir...hehehehe....



Ini pula kawan ambil di sekitar kawasan Bandaran Berjaya...semasa mau cari Saloon...hari tu hari Ahad, banyak saloon tutup...




Hmm...Jalan Dua Puluh lorong 3 atau Jalan Dua Puluh Tiga?

Sebenarnya, Sabah memiliki banyak signboard menarik...banyak dalam simpanan aku, nanti aku korek untuk tatapan korang, kadang memalukan aku sendiri sebagai anak jati Sabah, kadang best jugak kan? Terutama yang melucukan...Sebenarnya signboard Sabah ni membuatkan aku terfikir sesuatu...

"JKR Sabah adalah JKR yang terbaik di Malaysia!"

hehehehe...

Sunday, September 21, 2008

Lahirnya Blog LensaDigital

Akhirnya blog ini aku buat untuk menuliskan segala pengalaman dan perjalananku serta gambar2 menarik dari pengalaman dan juga pelbagai perkara yang ada di muka bumi ini. Sudah lama aku ingin menulis sesuatu yang berkaitan dengan gambar2 yang pernah aku ambil menggunakan kamera digital aku di serata Malaysia ini....biarpun terlalu sibuk dengan aktiviti seharian, namun setiap kali aku mengambil gambar2 yang aku rasa ingin ambil, tercurah seribu rahsia dan juga cerita dalam gambar2 tersebut....sayangnya cerita tersebut hanya ada dalam kepala otak aku ni....mengapa tidak kita share, bukan begitu?

Tentang aku sebenarnya tak perlulah korang, pembaca budiman mengetahuinya secara detail. Cuma aku berasal dari Bongawan, Sabah. Aku faham sekiranya korang tidak mengetahui di mana letaknya Bongawan, sebab ianya bukanlah tempat yang sering mendapat perhatian dari lensa media. Kalau ada pun ianya hanya kisah2 yang tak sedap didengar, itupun terlalu jarang! Di mana Bongawan ni? Ada juga orang Sabah yang tak tahu. Takpe. Bongawan sebenarnya terletak antara Papar dan Beaufort....huh! Baru nak tahu kan? Takpe...now dah tahu. Bongawan hanyalah pekan kecil, yang majoritinya dihuni oleh suku kaum Brunei dan selebihnya adalah Kadazan Dusun dan juga sebilangan kecil oleh bangsa Cina. Kalau masih tak pasti kat mana Bongawan ni...tengok je kat map ni...


View Larger Map

Mungkin semua tertanya2 mengapa ada tulisan "From Bongawan 2 Teluk Intan"? Hmmm....kerana aku berasal dari Bongawan, isteriku orang Teluk Intan, Perak dan anak-anak ku pula dah jadi orang Selangor....hmmm...Integrasi Nasional! Kiranya penerangan tajuk di atas bunyinya macam filem "From (Parit) To Manchester". Aku tandakan dalam kurungan tu Parit, sebab aku tak pasti sebenarnya tajuk filem tu....hehehehe....

Apa-apa pun, kat Sabah, ramai gak tak tau kat mana Teluk Intan ni kan? Dulu di panggil Teluk Anson...pas tu di tukar kepada Teluk Intan...nak kata ada intan kat sini, takdela, kalau ada, aku pun dah kaya...takyah keje, cari intan je...kelapa sawit tu banyak le...Kalau nak tahu kat mana Teluk Intan ni...tu ha...kat Perak je...ni map dia...


View Larger Map

Hari ni aku menulis, mungkin esok atau lusa aku akan serta beberapa gambar untuk semua....

P/S : Sebenarnya aku tengah surf sambil tunggu masa bersahur....selamat bersahur & berpuasa..