Bosan Surfing? Download Toolbar & Dengar Radio....

Banyak radio untuk didengar dari seluruh dunia. Download toolbar ini...
toolbar powered by Conduit

Thursday, September 25, 2008

KL-Labuan-KK-Tambunan-Keningau-Papar-KK-KL

Bulan June 2008, aku dan kengkawan ditugaskan untuk ke Sabah selama 2 minggu....Labuan, KK, Papar, Tambunan dan Keningau menjadi sasaran...aku plak terlupa bawak kamera...ntah ngapa bangang sangat, sampai lupa....hehehe...Nasib baik kawan sorang tu bawak kamera...hmmm...Dan...ni satu-satunya pemandangan yang sempat aku ambik guna kamera kawan masa balik dari Keningau...lokasi aku lupa...tapi selepas Gunung Mas...

Sempat juga singgah kat Lok Kawi Wild Life Park...macam mini zoo lah, kedudukannya agak terseorok di jalan lama KK...sebenarnya lam sangkar tu ada burung tiung yang pandai cakap beberapa perkataan macam Assalammualaikum, buat apa bos, penat kah bos, babai bos, ok bah kalau kau dan ntah siapa yang mengajar perkataan ni..."F*ck You"...hahahaha...

Bah bos...kalau mau masuk RM10 bah tiket, tapi kalau kamu mau masuk free dalam ni, kita buatlah macam berbincang2 begini....kalau bos saya nampak, kunun-kunun kamu semua pensyarah universiti mau buat kajian bah...ok kah bos?... - Sebelum masuk ke Lok Kawi Wild Life Park...Terimakasih pada bro ni yang bagi kami penerangan panjang lebar pasal haiwan & lokasi mereka dalam tu...

Last2, aku sempat juga balik ke Kampung ku di Bongawan untuk menjenguk orang tua...hmmm..nampak rumah orang tua ku dah semakin buruk...kalau akau ada rezeki esok, aku akan buat banglo kat sini...bukan utk aku tapi utk orang tua ku...


Sebenarnya, misi ke Sabah hari tu membuatkan aku penat...sebab, hanya aku sorang saja yang drive. Aku yang offer drive sebab dalam ramai2 tu, hanya aku yang berasal dari Sabah dan hanya aku yang tahu jalan kat Sabah!

Tuesday, September 23, 2008

Classic Urine Bowl

Masa ni aku ada training kat Taiping, Perak, Malaysia. Training tu di buat di salah sebuah golf club kat taiping. Makan kat sini sedap...best! Bangunan plak agak lama, biarpun nampak kesan2 refurbish, tetapi still mengekalkan suasana colonial. So, lepas makan tu aku pi la toilet...masuk2 je aku tertarik dengan benda ni...sebab rasanya kita takkan jumpa lagi urine bowl klasik macam nih kat mana-mana...aku rasa lah, kelab golf yang terletak tepi Taman Tasik Taiping ni harus diberi pujian sebab mengekalkan keadaan ini. So, kita takleh nak lupa zaman kita di jajah Inggeris dulu....


Tengok la sambungan antara bowl tu, nipis je...tak macam sekarang, siap ada papan...kalau ada orang sebelah kita, bolehlah kita share tengok 'anu' masing2...ishh...

Pokok Lucah...

Ni masa tunggu kengkawan lain turun depan hotel Promenade,KK, aku terpandang le pokok yang dah takde daun ni...pokok palma sebenarnya. Menarik kan?? Macam apa je bentuknya tu...berbulu lagi...so aku suruh le kawan aku amik gamba guna handphone sebab aku lupa nak bawa kamera...

Apa...korang kata aku dirty minded? Mana ada...tu menunjukkan imaginasi aku tinggi atau tahap pemikiran aku yang kuat...uweekkkk!!

Sabah Funny Signs

Bulan June yang lepas, aku adalah turun ke Sabah atas urusan kerja. Banyak tempat jugak aku kena pergi, dari Labuan ke Tambunan, Keningau, Papar, Lok Kawi dan sekitar Kota Kinabalu. Malangnya aku pula terlupa bawak kamera...so, jika terlihat sesuatu yang menarik untuk dirakamkan, aku mintak kawan rakamkan melalui telefon bimbit (err...handphone aku tak se'clear' handphone dia...maklum lah...model lama...hehehe).

Masa aku & dia pegi ke salah sebuah kedai dobi kat area Kg. Air KK (minyak naik, so nak jimat la nih...tak nak antar dobi hotel...) aku ternampaklah signboard ni kat kedai dobi tu...so korang sendiri2 lah fikirkan apa maksudnya, sebab ada sesetengah tu aku pun pening nak fikir...hehehehe....



Ini pula kawan ambil di sekitar kawasan Bandaran Berjaya...semasa mau cari Saloon...hari tu hari Ahad, banyak saloon tutup...




Hmm...Jalan Dua Puluh lorong 3 atau Jalan Dua Puluh Tiga?

Sebenarnya, Sabah memiliki banyak signboard menarik...banyak dalam simpanan aku, nanti aku korek untuk tatapan korang, kadang memalukan aku sendiri sebagai anak jati Sabah, kadang best jugak kan? Terutama yang melucukan...Sebenarnya signboard Sabah ni membuatkan aku terfikir sesuatu...

"JKR Sabah adalah JKR yang terbaik di Malaysia!"

hehehehe...

Sunday, September 21, 2008

Lahirnya Blog LensaDigital

Akhirnya blog ini aku buat untuk menuliskan segala pengalaman dan perjalananku serta gambar2 menarik dari pengalaman dan juga pelbagai perkara yang ada di muka bumi ini. Sudah lama aku ingin menulis sesuatu yang berkaitan dengan gambar2 yang pernah aku ambil menggunakan kamera digital aku di serata Malaysia ini....biarpun terlalu sibuk dengan aktiviti seharian, namun setiap kali aku mengambil gambar2 yang aku rasa ingin ambil, tercurah seribu rahsia dan juga cerita dalam gambar2 tersebut....sayangnya cerita tersebut hanya ada dalam kepala otak aku ni....mengapa tidak kita share, bukan begitu?

Tentang aku sebenarnya tak perlulah korang, pembaca budiman mengetahuinya secara detail. Cuma aku berasal dari Bongawan, Sabah. Aku faham sekiranya korang tidak mengetahui di mana letaknya Bongawan, sebab ianya bukanlah tempat yang sering mendapat perhatian dari lensa media. Kalau ada pun ianya hanya kisah2 yang tak sedap didengar, itupun terlalu jarang! Di mana Bongawan ni? Ada juga orang Sabah yang tak tahu. Takpe. Bongawan sebenarnya terletak antara Papar dan Beaufort....huh! Baru nak tahu kan? Takpe...now dah tahu. Bongawan hanyalah pekan kecil, yang majoritinya dihuni oleh suku kaum Brunei dan selebihnya adalah Kadazan Dusun dan juga sebilangan kecil oleh bangsa Cina. Kalau masih tak pasti kat mana Bongawan ni...tengok je kat map ni...


View Larger Map

Mungkin semua tertanya2 mengapa ada tulisan "From Bongawan 2 Teluk Intan"? Hmmm....kerana aku berasal dari Bongawan, isteriku orang Teluk Intan, Perak dan anak-anak ku pula dah jadi orang Selangor....hmmm...Integrasi Nasional! Kiranya penerangan tajuk di atas bunyinya macam filem "From (Parit) To Manchester". Aku tandakan dalam kurungan tu Parit, sebab aku tak pasti sebenarnya tajuk filem tu....hehehehe....

Apa-apa pun, kat Sabah, ramai gak tak tau kat mana Teluk Intan ni kan? Dulu di panggil Teluk Anson...pas tu di tukar kepada Teluk Intan...nak kata ada intan kat sini, takdela, kalau ada, aku pun dah kaya...takyah keje, cari intan je...kelapa sawit tu banyak le...Kalau nak tahu kat mana Teluk Intan ni...tu ha...kat Perak je...ni map dia...


View Larger Map

Hari ni aku menulis, mungkin esok atau lusa aku akan serta beberapa gambar untuk semua....

P/S : Sebenarnya aku tengah surf sambil tunggu masa bersahur....selamat bersahur & berpuasa..