Bosan Surfing? Download Toolbar & Dengar Radio....

Banyak radio untuk didengar dari seluruh dunia. Download toolbar ini...
toolbar powered by Conduit

Wednesday, May 27, 2009

KK, Seafood & Swine Flu

After one day looking for the Ayam Kampung project site, day after I flew to Kota Kinabalu (KK) as scheduled. I spent 3 days in KK. So, first day I went to my brother punya kebun to see dia punya ayam kampung. Jauh di belakang Kem Tentera Lok Kawi, tanah seluas 1 ekar, ada sebanyak lebih 40 ekor ayam kampung yang dibela abangku. Katanya semuanya lebih 60 ekor. Tapi ada yang hilang. Manakala banyak telur juga hilang. Telur tu aku tau kerja siapa...apa lagi kalau bukan biawak dahan atau kat kampung aku di panggil biawak punggur. Ni biawak jenis yang suka memanjat pokok...biasanya dia akan telan telur ayam dan lari ke paya, kemudiannya dia muntahkan kulit telur tadi...

Aku terlalu asyik bersembang dengan abang aku kat rumah kecil yang di bina di tengah2 tanah tu sambil memerhati ayam kampungnya berlari2 dan menguis2 tanah. Aku perhati ada beberapa jenis ayam kampung abang aku ni...nak tau jenis2 ni? Ni aku bagitau :

1. Jenis Melayu - sebenarnya dari baka sabung. Balung pendek dan bulat. Pial juga pendek, malah kadang macam takde pial pun...
2. Jenis Cina (Nunukan) - bentuk macam ayam daging, cuma kecik. Balung dan pial besar dan panjang...ishhh...lucah nih...
3. Jenis Ayunai - tembolok dan dada takde bulu....nampak macam 'anu' lelaki je...hehehehe...
4. Serama - kecil dan tegak
5. Katik - besar sedikit dari serama dan badan tidak begitu tegak.
6. Bantam emas - bulu perang keemasan dengan hujung bulu berwarna hitam. Sekali pandang macam sisik ikan...cantik!

So, kebanyakkan ayam kampung abang aku ni jenis Melayu. Ada seekor induk jenis Cina. Manakala beberapa ekor jenis Ayunai beberapa ekor serama dan 2 ekor katik dan yang menarik perhatian aku....4 ekor ayam Bantam Emas! Induk Melayu juga hitam berkilat berat lebih kurang 3 kg seekor. Aku kata nak booking telur induk Melayu dan Bantam Emas...abang aku kata dia dapat Bantam Emas dari bapak aku kat Bongawan...dia beli RM100 sebanyak 9 ekor dari bapak aku dan dalam tu ada 4 ekor Bantam Emas...murah giler dia bagi bapak aku! Dia kata dia sayang Bantam Emas tu...

Sayang sekali sayang...kerana leka bersembang sehingga petang, terlupa pula aku amik gambar...aku pula bergegas nak balik ke Bongawan untuk bertemu kedua orang tuaku...

By the way...ni beberapa gambar masa aku kat KK....dah lama aku tak naik MAS ni...
Tu gambar International KK Airport yang baru...cantik juga...

Ni bawah ni gambar kat dalam airport...
Then aku terpandang satu promotion oleh MAS kat airport nih...
Ngapa plak aku tertarik nak amik banner promo MAS ni? Cuba korang perhatikan...ada sesuatu yang melucukan dalam banner nih...Bukan apa..disebalik "WOW" wording tu ada terselit "Alamak" wording....tahu kenapa? Tak dapat cari?

Ok...kalau aku nak booking tiket...aku pula ada pilihan AirAsia...so aku ternampak pula prmo ni...aku akan kata, "Oh...boleh booking awal la...emm...bagus ni, boleh juga booking online...tapi, alamak, NO REFUNDS!" So, aku rasa korang faham maksud aku...disebalik very positive wording, terselit satu negative wording...aku rasalah AirAsia lebih bijak dalam promo ni di mana cuma ada bintang kecik kat atas dan akan tertulis *Terms & Conditions Apply. Bila baca terms ni baru ada terms no refund...well, aku rasa MAS patut fikirkan benda nih...

Ni pemandangan dari atas airport KK...cantik...
Hari ke 2 aku kat KK, aku pegi Lok Kawi...
Tu jalan dari Lok Kawi menuju ke KK....

Kawan belanja aku kat seafood...ni kali ke 4 aku makan kat seafood ni...nama dia tak salah aku Beringgis Seafood...location after Kinarut, seberang sungai kalau dari KK dan berdekatan dengan Outward Bound Sabah. Ni antara koleksi makanan yang fresh...

Atas tu kerang bulu sebenarnya...diorang dah berus dan bersihkan...so dah takde bulu...kerang ni banyak di jual di Pantai Remis, Sg. Sembilang, Kuala Selangor. Besar kerang ni...saiz dia luar biasa dari kerang biasa...

Ni pula kat kampung aku di Bongawan tu kami panggil Dalus...ntah apa orang Semenanjung panggil....
Ni sedap ni...kalau rebus, airnya manis....kalau masak kicap pun best....goreng cili lagi best!

Ni ketam bakau...orang Semenanjung panggil Ketam Nipah. Kawan aku dari KL tanya aku...halal ke nih? Dua alam ke? Hmm...sebenarnya ketam bakau atau ketam nipah ni bukannya hidup dua alam...ramai terkeliru dengan ketam batu...ketam batu dua alam, tapi bukan ketam nipah...
Tengok tu harga dia...kalau gred kecik sekali, harganya RM25 sekilo...yang gred B, besar sikit RM30 sekilo...kalau gred A, RM40 sekilo...mahal tu....aku teringat Cik Pah, minah Pahang yang bela ketam ni....

Ok, meh kita tengok perbezaan antara ketam nipah / bakau ni ngan ketam batu...

1. Ketam nipah / bakau ni bernafas menggunakan insang...kalau cengkerang di buka, akan terdapat insang lembut kat tepi kiri-kanan. Ketam nipah ni boleh hidup tanpa air selama 2 hari je...sebab bila insang kering, dia akan mati...ketam batu plak takde insang ni. Ketam batu seperti katak dan reptilia dua alam, bernafas menggunakan paru2. So, ketam batu boleh hidup berminggu kat darat. Atas dasar biologi inilah beberapa fatwa dikeluarkan bahawa ketam nipah / bakau halal bagi umat Islam manakala ketam batu haram. Boleh le korang rujuk mana2 website agama untuk mendapatkan fatwa ini.
2. Rujuk gambar di bawah ni....
Tu lah beberapa perbezaannya. Kaki belakang sekali ketam nipah / bakau ni berbentuk leper untuk tujuan berenang, kerana ia hidup dalam air. Manakala ketam batu tidak memiliki kaki sebegini. Kaki terakhir ketam batu sama seperti kaki yang lain (tajam) untuk membolehkannya hidup di darat. Sebab tu juga ketam batu ni kalau kat Sabah pandai panjat pokok kelapa! Manakala satu perbezaan lagi ialah matanya. Mata ketam Nipah / bakau ni pendek seperti ketam bunga atau kat sabah kita panggil ketam suri. Ketam batu pula memiliki mata panjang seperti wiper kereta yang terlipat di sebelah kiri dan kanan. Kalau kat darat, mata ketam ni akan terlipat. Tetapi ketika berada di air, mata ni akan keluar kalau di air cetek (badannya dalam air...mata ni akan keluar dari air...macam teropong kapal selam...tujuannya meninjau makanan dan musuh. Mata ni kalau ketam batu dewasa berukuran lebih kurang 2-3 inci....

Haaa...tu dia, kalau korang tak tau beza ketam batu ngan ketam nipah @ bakau nih...

Ni pula aku panggil siput cungkil...sedap gak ni kalau tumis cili...kena cungkil isinya kalau nak makan...aku tak tau plak korang panggil ni siput apa...
Tengok apa yang kitaorang makan yang bernilai RM230...agak murah berbanding di Semenanjung....menu kita hari tu :
1. Ketam Bakau masak butter, 1 kg
2. Ketam kulit lembut...mahal gila ni....1kg
3. Udang goreng butter kering, 1kg
4. Ikan merah...tengok dia berenang...pilih je...
5. Kailan belacan

Tengok nih..yummy!
Tengok gambar close up menu kitaorang...
Tu dia ketam bakau masak butter...sedap giler...merah menyala beb...bawah ni plak udang goreng butter...
Tengok gambo ni...aku plak lapar...aku pi makan dulu sebelum aku sambung...

Lepas makan..ni aku sambung...kat bawah ni plak ketam kulit lembut goreng tepung...cepat je abis...
Tu diaa...ikan merah masak masam manis....
Kenyang giler meratah lauk hari tu....ni pemandangan kat seafood tu...siang sunyi je...tapi malam, memang penuh, susah nak cari meja kosong...pemandangan memang damai dan tenang....


Aku balik pada 20hb May 2009. Petang tu ada saringan swine flu....nampaknya ada 5 orang, kesemuanya student, I guess flight from Hong Kong or China...suspected swine flu...diorang ni kena screen berkali2...kesian gak....

Hmm...penat jugak aku pegi Sabah hari tu...setiap malam aku tido pukuk 3 pagi...member2 forex aku datang serbu aku, mintak ajar ilmu2 yang masih aku sorok. Tapi berbaloi-baloi, sebab diorang berjaya dapatkan beratus2 USD selama 3 hari aku kat sana. Dan penat aku terbayar kerana denagn ilmu yang aku curahkan pada mereka, sehingga mereka mampu meraih beratus USD sehari...apa-apa hal pun tahnia pada mereka...

Nanti aku update lagi blog ni...sebab 2 hari lepas aku balik dari KK ni aku pegi Kedah. Sempat ambik gambar kat salah satu air terjun di Kulim. Hajat di hati, untuk kali ke 2 berhajat untuk mengexplore Gunung Jerai terbantut, sebab hujan lebat di Kedah...nanti aku update...

Thursday, May 21, 2009

Visiting Ayam Kampung Project Site

As mentioned before I went to Teluk Intan to see the land...my father in law land, located some where at Labu Kubung, Teluk Intan, Perak. The land is about 3 acres and about 15 minutes from Teluk Intan town. The land planted with the crop, especially palm oil and durians and some other fruits.

Depart at 10.00 am we reach to my father in law house at 12.30 pm. Just nice when one of my friend, who is also relatives to my father in law having wedding ceremony for his daughter. Good...tgh lapar...we went to his kenduri and having nice lunch...

Bertolak menggunakan jalan Kuala Selangor untuk menjimatkan minyak & toll...
Ni jalan masuk ke Labu Kubong melalui jalan Sg. Manik...
Then dari jalan ke Labu Kubong, kami masuk ke tanah / tapak projek...

tengok atas tu...ada kain dan sidaian...actually kain tu kepunyaan saudara pak mentua aku, Abg Karim yang tinggal menumpang kat tanah tu....his wife actually tak berkerja. Maybe boleh offer untuk jaga ayam kampung aku nanti....

Ni ayam kampung Abg Karim...cantik. Tapi sayangnya bukan baka pilihan aku sebab ni ayam kampung cina (jenis Nunukan) yang mana aku tak berminat nak bela...ada tiga ekor, semuanya jantan sedang berlegar2 mencari makanan kat tanah tu...kalau akau tak bagitau ni ayam kampung cina, boleh tak korang cam jenis ayam akmpung ni? Hehehehe...

Ni rumah berhampiran kepunyaan salah sorang saudara pak mentua aku yang menumpang kat tanah ni...tapi diorang dah bertahun pindah kat tanah sendiri...tinggal la rumah ni kosong...bagus juga...mungkin aku boleh gunakan bawah rumah ni untuk membiak anak ayam kampung...
Ni pula rumah arwah nenek mentua aku @ emak kepada pak mentua aku...takde orang sejak bertahun. Tetapi masih ada letrik dan air kerana pak mentua aku maintain bil dan tak berhajat nak potong...good news...so aku boleh letak brooder aku sementara kat sini. Boleh supply letrik..
Dan...kat bawah ni aku cadang nak letak brooder untuk anak2 ayam yang kurang dari sebulan...
Well...ni jalan yang ada lam kebun ni...lori mengangkut sawit masuk dalam ni...cun...kalau nanati projek ni menjadi dan aku ada lori, bolehlah lori masuk terus ke kawasan reban...
Tengok tu...pak mentua dan partner aku si Naztreo tengah melihat2 tapak...

Ni pula pokok durian yang ada...aku selalu makan buahnya...best....nanti boleh la aku makan durian bila tengah musim sambil melihat2 ladang ayam kampung aku...
Lama jugak kami melihat2 kawasan tu...besar dan luas...ni ada anak sungai lagi kat tepi tu...dulu banyak udang lam ni...cun...
Pilih punya pilih, kami setuju pilih tapak ni buat permulaan.....ok tak?
Terletak di antara celah pokok kelapa sawit, kami cadang untuk membina reban permulaan di atas tapak ni seluas 40 kaki x 80 kaki...dengan sistem semi intensif dan intensif, di mana ayam kampung dilepas dalam kawasan berpagar seluas 40 x 40 kaki manakala rebannya seluas 40 x 40 kaki untuk ayam berteduh....

Kami ronda lagi tanah tu dan terlihat 2 rumpun buluh yang subur...cun, sebab kami boleh kurangkan kos pembelian pagar BRC. Buluh ni boleh kami gunakan menggantikan dinding dan pagar dari jaring BRC....yes...ni dapat menjimatkan kos sebanyak 30%-40%....
Setelah berbincang, aku rasa tapak ni betul2 sesuai untuk ternakan ayam kampung aku....so, apa lagi, kami ke Langkap untuk melawat kilang menjual kayu 2nd hand...tapi takde la aku amik gambar kat situ...banyak kayunya....murah je...semua half price from kayu baru...begitu juga dengan zink...

Well, projek ni akan start tak lama lagi....esok aku perlu ke Sabah pula...selain dari kerja, aku juga nak jumpa abang aku dan melihat kebun di mana berpuluh ekor ayam kampung dibela di kebun tu....

Thursday, May 14, 2009

Projek Ayam Kampung

Ntah...semakin hari aku semakin risau...bukan sebab tapak. Yang tu dah selesai. Sabtu ni aku akan pegi Teluk Intan ngan partner aku untuk tengok tapak dan buat planning. Yes, kena plan betul2 sebab kedudukan reban juga memainkan peranan penting...sebaiknya mengadap matahari terbit. Macam2 sebenarnya perkara yang timbul dalam fikiran aku...kos, supply, penjagaan dan permintaan...boleh ke tak? Hmm...aku yakin aku boleh, tapi masih ada ragu2. Ish...aku dah kira semua kos dan keuntungan sekiranya semua anak ayam hidup. Memang projek ni tak akan untung terus, ambik masa juga, but sekiranya target tercapai, ianya akan memberikan keuntungan lumayan. Harga pula berlainan dari satu negeri ke negeri lain. Tetapi pukul rata sekilo RM8 - RM9 harga hidup dari ladang. Kalau dah proses boleh naik ke RM10-RM16 sekilo! Dulu aku jual kat peraih RM7/kg jantan dan RM8/kg betina.

Sibuknya aku...trading forex berjalan seperti biasa. Semalam pukul 12 tgh malam baru tido...tu pun setelah matawang GBPJPY yang aku analisis pagi semalam betul2 jatuh seperti analisis...dapatla few hundred dollar! Hmmm...Sabtu aku kena bertolak ke Teluk Intan pagi2. Balik rumah petangnya. Esoknya pula (Ahad ni, 17hb May) aku akan bertolak ke Kota Kinabalu pula...mungkin aku akan lawat ladang ayam kampung abg aku sambil bertemu beberapa orang client dalam forex aku. Tiga hari aku kat sana. Nampaknya semakin hari aku akan semakin sibuk...

Sambil tu semalam aku cuba2 cari harga seekor anak ayam kampung. Wah, bulan lepas harga RM2.00 untuk yg baru seminggu. Bulan ni dah naik lagi ke RM2.50 seekor. Tapi aku belum puas hati sebab, kebanyakannya aku tengok dari gambar tu bukannya anak ayam kampung ori. Biarpun diorang kata ori, tapi aku ragu2 sebab aku kenal jenis2 ayam kampung ni. Yang ditunjukkan tu sebenarnya jenis Nunukan atau kat kampung aku panggil ayam cina. Last2 tu aku terjumpa satu blog bro dari Kelantan....yes...yang ni baru betul2 ori...setelah beberapa hari mencari akhirnya aku jumpa baka ori dan asli...ayam kampung jenis Melayu...nampak gambar dalam blog tu...sah, bro punya ayam ni semuanya ayam kampung Melayu asli...bentuk badan, balung, pial dengan kaki kurus tinggi....bulu hitam dan kehijauan bila kena cahaya matahari. Yes...ni yang aku cari selama ni...kat Semenanjung ni bukan main susah cari baka ni...kat kampung aku di Bongawan tu berlambak pula...aku juga rumuskan bahawa kebanyakan penternak kat Semenanjung ni masih tak tau jenis2 ayam kampung...

Kalau ayam kampung jenis Melayu aku dah jumpa kat Kelantan, now misi aku mencari ayam kampung jenis Sentul pula...ntah mana nak cari jenis ni kat Semenanjung ni...kat Bongawan tu senang nak cari...mungkin ada sesiapa bela....nak tau jenis Sentul ni, ia warna kelabu, baik jantan atau betina. Yang betina ada bulu kemerahan atau coklat sedikit di dada manakala yang jantan berbulu merah dan coklat sedikit di leher dan punggungnya....hampir keseluruhan ayam ni warna kelabu...ni ayam kampung yang betul2 ori...jenis Sentul..mana nak cari? Terfikir nak bawak beberapa biji telur dari Bongawan ke sini untuk ditetaskan...boleh ke? Dulu aku bawak telur itik masin 2 kotak untuk kenduri rumah baru aku, ok je, takde masalah pun...bukan apa telur masin dari Bongawan sedap, kurang masin dan lemak sikit....hmmm good idea juga ni...bawak masuk telur dan tetaskan....

By the way, bolehkah aku buat benda ni semua? Semalam aku tertarik ngan kegigihan seorang awek Pahang ni...Cik Pah namanya, graduan UIA yang kini jadi penternak Ketam Nipah yang berjaya....hebat...seorang perempuan, masih bujang dan cun lagi tu tapi begitu gigih buat projek sebegini yang biasanya lelaki je yang buat...salute...
nak tengok, visit blog dia kat http://ketamnipahku.blogspot.com/2008/08/nipah-enterprisealam-semulajadi-sumber_09.html

Cuba tengok blog Kambing dia....ada link lam blog ketam dia tu...hebat, bukan sahaja ketam, malah kambing dan kebun2 herba dia...semangat macam ni yang patut ada pada graduan yang masih menganggur tu, terutama yang lelaki...Hebat betul minah ni...respect!

Tuesday, May 12, 2009

Visit to Temerloh, Pahang & The Mystery of Gunung Senyum

9 & 10 May 2009, I went to Temerloh Pahang. This is my first visit to this small town. Looking for something special here while do my work. Nothing so special, instead of Ikan Patin...yes, according to my friends, Temerloh adalah bandar Ikan Patin. I think that is true cause I can see restoran ikan patin everywhere. Unfortunately aku seperti orang Sabah yang lainnya tidak makan ikan sungai. I am looking is there any restaurant selling fresh water prawn atau udang galah. None!

I saw a signboard nearby the junction to Temerloh Hospital - Gunung Senyum...hati mula meronta2 untuk mengetahui apa yang ada disebalik Gunung Senyum. Aku dan 2 orang rakan tiba di Gunung Senyum pada waktu senja. Keadaan sunyi sepi. Aku ambil beberapa gambar dan meronda disekitarnya....ada sesuatu yang tak menyenangkan iaitu bau bangkai yang busuk mengekori kami. Juga terpampang papan tanda amaran yang melarang orang ramai meneroka gua yang ada secara bersendirian. Mereka harus melaporkan diri terlebih dahulu dan seorang guide diperlukan...hmm..interesting right? Yes...ia menyebabkan seribu persoalan bermain dalam kotak fikiran aku....

By the way, beberapa gambar dari angle yang menarik aku rakamkan. Juga asal usul dan sejarah Gunung Senyum yang dituliskan pada salah satu papan tanda. Malam tu, ketika berada di hotel penginapan (Green Park Hotel), aku membelek2 gambar gunung tersebut....memang cantik gunung ni....

Sekembalinya aku ke KL, aku tak sabar nak download the pics. But surprise! Satu gambarpun tak wujud dalam kamera aku, melainkan gambar lainnya yang aku ambil. Misteri...bagaimana boleh gambar tersebut hilang sedangkan yang lainnya masih ada? Aku tanya beberapa orang rakan yang berasal dari Pahang. Mereka kata aku terlalu berani pergi ke sana senja2...tempat tu keras, kata mereka....takpelah...kalau nak tau rupa Gunung Senyum ni, ni aku amik bagi link dari salah satu blog orang...


Korang boleh ke blog http://danielfranklingomez.com/blog/2006/12/21/a-treasure-called-gunung-senyum/
kalau berhajat nak tengok gambar2 lain....

Masa nak balik tu aku tertengok signboard Tasik Bera...konon nak explore...bila sampai another signboard, tengok2 Tasik Bera jauhnya 65km...hmmm..tak jadi...so, aku alih ke Taman Negara...malangnya Taman Negara juga jauh....tu pun aku dah nak sampai ke Jerantut dah...berhenti beli air tebu tepi jalan...makcik tu kata Taman Negara lebih kurang sejam lagi...alamak!

So aku patah balik...on the way balik tu aku ambik gambar lori ni...bahaya gila...balak besar2.

Sampai satu kampung namanya Kg. Masjid, aku stop bila terlihat masjid unik ni....cantik, walaupun still under construction...banyak betul kubahnya....

Ni aku ambik kat Temerloh...aku tak amik gambar hotel tempat aku menginap (Green Park Hotel). Tetapi on the way nak balik tu aku ambik hotel ni...Hotel Jelai...takde apa yang menarik perhatian aku pada hotel ni...cuma aku tertarik pada signboad dia tu...
Kat atas tu tertulis :
1. TV (9 Rangkaian)
2. Pemain DVD
3. Penggunaan Komputer dan WiFi Percuma..

Wow! Aku rasa memang hotel kat Temerloh ni bagi wifi free sebab kat Green Park Hotel pun free. Tak macam sesetengah tempat di KL, Sabah, Perak dan Sarawak...kebanyakan hotel caj RM30 sehari untuk wifi! Imagine, small town begini hotel bagi free je...imagine juga yang restoran mamak pun bagi free je wifi ni...

Pemain DVD tu first time plak aku nengok...maybe cause TV channel tak banyak...but I think it is good...boring2 boleh tengok DVD....TV 9 rangkaian tu pula...hmmm...cuba kira berapa rangkaian yang kita ada kat Malaysia ni... :)

Thursday, May 7, 2009

Tension!!!

Tension...yes!! memang aku tension hari ni...rasa bosan dan bengang meluap2...dan sedikit rasa kecewa...

Actually aku baru call parents aku kat Sabah...bukan marahkan parents, hanya nak lepas rindu dan juga nak bagitau yang aku akan balik kampung lagi, mungkin pada 18hb May ni...and nampaknya aku semakin sibuk dengan travel dan juga trading forex aku...hmmm...

Cuma selain dari melepas rindu dan nak bagitau pasal aku nak balik kejap, aku sebenarnya nak tanya tanya pasal ayam kampung...yes, aku teringat yang bapa aku ada bela ayam kampung. Know why? Aku sebenarnya berbincang dengan partner dalam trading forex aku...setiap bulan kami berjaya mendapat keuntungan, biarpun tidak begitu banyak, but, rasanya it is a good money!!! Getting extra RM3k - RM9k sebulan is too sweet for us! Then, aku kata pada partner aku, why not we allocate some of the money to built another business? I am interested to breed Ayam Kampung or Free Range Chicken (Village Chicken - sound so funny right?). Since I have few years experience which during my school, aku memiliki lebih 300 ayam kampung yang aku jual pada peraih dengan separuh harga....tu lah belanja persekolahan aku yang mana parents aku tak perlu ambil tahu pasal belanja aku...macam abang aku pernah kata, "antara kita adik-beradik, ko lah paling senang...mama & bapa tak pernah nak fikirkan belanja ko..."

Hmmm...so, thinking that, why not aku buat ladang ternakan ayam kampung? Skill dan pengetahuan hasil pengalaman lalu masih segar dalam kepala otak aku ni...extra money dah ada setiap bulan. Pakai tak pakai duit tu, tetap habis juga aku belanjakan dan bayar hutang...maybe forex is one of the good business to do, but, forex menyebabkan aku tak keluar rumah...buat analisis dan analisis dan analisis! Kalau aku ada satu projek, macam ayam kampung ni, boleh lah aku keluar dengan family melawat ladang dsbnya. So, aku mula melayari beberapa blog dan aku teruja dengan ayam kampung diorang ni...sebab aku masih tak dapat lupakan betapa comel dan jinaknya anak2 ayam kampung ni dengan telatah mereka...

Hati aku kuat untuk melaksanakannya kerana bayak rahsia dan selok belok yang aku tau pasal penternakan ayam kampung ni...ngapa ayam kampung, bukan bisnes lain cam kambing, lembu atau lintah dan keli yang tengah hangat sekarang ni? Sebabnya aku cuma tahu pasal ayam kampung...penyakit dan cara mengubatinya...malah jenis2 ayam kampung masih segar dalam ingatanku, terutama ayam kampung jenis Melayu, Merewas, Sentul, Pelung atau Cina (Nunukan). Bukan aku taknak explore yang lain tapi aku terfikir, ilmu ternak ayam kampung ini, jika tidak digunakan ia begitu sayang pula...

Maka aku cuba mencari tapak...maksud aku tanah...tu tujuan aku call parents aku...sambil bertanya jika mereka masih menyimpan baka ayam kampung jenis Melayu dan Sentul...hmmm..bapa aku kata, abang sulung aku dah mulakan projek ayam kampungnya...so semua induk di ambil...abangku dah ada dekat 100 ekor induk untuk baka...

Takpelah...aku boleh dapatkan baka idaman ku kemudian....target ku baka Melayu dan Sentul, kalau tak pun mungkin jenis Merewas atau Ayunai yang mudah didapati di kampung. Aku tanya lagi kalau2 bapa aku ada tanah untuk projek ni...tanah memang ada tetapi semuanya berdekatan rumah orang..hmmm..ada juga tanah jauh dari rumah, tetapi sering mengalami banjir...huh...tak sesuai pula...aku pun sms kakakku tentang tanahnya yang lebih seekar. Pun katanya dekat rumah...ntah...aku mula rasa tension...ada tanah lain tetapi dah dimiliki oleh abang2 dan kakak2ku...

Tanah aku? Hmm....termenung seketika...nampaknya semua kakak dan abangku dah diberikan tanah...cuma dalam adik beradik aku, aku sorang je yang takde tanah kat sana, ya, cuma aku sorang tak diberikan tanah...aku mula sentimental...maybe my parents kata aku jauh di Semenanjung, so tak perlukan tanah...ish...aku buangkan perasaan ini jauh2, mungkin mereka ada perancangan lain, pujuk hatiku...biarlah...aku rasa aku perlu berusaha sendiri...seperti mana aku beli rumah aku di Selangor ni, hasil aku bertungkus lumus beberapa tahun berkerja...tak perlulah aku mengharapkan tanah dari parents aku...

But, persoalannya di manakah projek ayam kampung aku ni nak start? Antara dua, samada di Sabah, mengharapkan tanah seorang rakan baik di sana yang bakal menjadi rakan kongsi aku atau aku terpaksa bertanyakan tanah pak mentua aku di Teluk Intan....

So, aku jadi tension kerana aku masih belum menemui tanah yang sesuai untuk projek ladang ayam kampung aku nih!

Hmmm....TENSION!!!!!