Bosan Surfing? Download Toolbar & Dengar Radio....

Banyak radio untuk didengar dari seluruh dunia. Download toolbar ini...
toolbar powered by Conduit

Monday, June 29, 2009

The Tiring Journey (Sabah) - Part 2

This is the continuation from the bottom....

I reached at home around 1.00 am...so tired...

14 June 2009

My flight to KK was 12.00 noon. I am unable to get direct flight. So, I am stranded one day in KK. Staying in Promenade hotel for one night. So, I arrived at KKIA around 2.30pm. My friend, Hanafiah waiting for me at KKIA. Having a drinks at a restaurant, located in the 2nd Beach, Tg Aru, he passed a car to me.
One of the nice view taken at the restaurant...lot of beautiful views taken by Rizan at this area, but i am unable to release here as we have a planning to develop our own photography website very soon...

I drove to Bongawan first to see my parents. On the way, I stop at my brother 'kebun' for ayam kampung shooting...hehehe...few nice picture captured by Rizan using Nikon D80...here some of the Kampung Malay Chicken and some Ayam Benggali (ayam janggut) dan beberapa jenis lain....

Ni sedikit gambar yang aku kami ambik...selebihnya boleh lawat ladangmas.com
Cun kan ayam abang aku tu...baka Melayu asli...teringin nak dapatkan baka ni...

On the way to Bongawan, we stopped at Beringgis Beach Resort...taken few pics including this....
Teringat masa pi Keningau tahun 2007 yang lepas...one of friends, Sarawakian girl, tanya aku.."Apasal lembu sini hitam2, suka mandi lumpur lepas tu tanduk panjang?" Sambil dia tunjuk pada segerombolan kerbau yang sedang berkubang....masa tu kami 3 orang yang lain pecah perut ketawa...bising lam kereta masa tu...seorang kawan aku kata, "bukan setakat besar, hitam, berbulu lagi dan selalu basah...hahahaha" Aduiiihhh...masa tu aku yang tengah drive tak tahan sakit perut geli hati....aku kata, "tu la kerbau...bukan lembu la ngok!"

Sampai kat kampung di Bongawan, aku sembang dengan parents aku till 10.40pm...having dinner with them then I saw this Gardenia bread...hmmm..mana nak cari Gradenia tulisan jawi...kat Sabah je ada....ntah apa reason diorang letak tulisan jawi ntah...
Then around 11.00pm, I managed to go back to KK. Some of my forex friends awaiting me nearby Promenade...tu dia...we discuss till 5.00am in the morning and I have to rush cause my flight to Sandakan is 7.00am!

Ni la kerja diorang...tak bagi aku tido...

15 June 2009

tak tidur hari tu...lepas geng2 forex balik, aku berkemas dan go to KKIA. I cant wait to sleep...while waiting the plane. Funny...dah masuk dalam flight aku terus lena...setengah jam kemudian aku terjaga...aku pelik sebab aku tengok macam kat airport KK lagi...Aku tanya Rizan, "Dah sampai Sandakan ke?" Dia jawab, "dengar announcement tu..." Sh*t! The stewardess announced "We are having technical problems at the moment. All passengers are required to bring the belongings and move to the transit area..." Half hour dalam flight...ingat dah sampai rupanya tak terbang lagi...so, semua orang ambik beg masing2 dan keluar....ishhh...dah lah aku tak tido2 lagi nih...setengah jam kemudian kitaorang dibenarkan masuk semula lam flight dan menuju ke Sandakan.

Aku masih takleh tido...kerja perlu dibereskan. Tgh hari tu kawan bawa ke gerai Ikan Bakar Sim-Sim...tu dia..pelbagai lauk-pauk...sedap...kawan suruh aku pilih ikan...so aku pilih Ikan Putih (Org Semenanjung kata Nyok-Nyok), Ikan Tambak, Buna & Baulu. Tiga ikan ni aku pun tak tau orang semenanjung panggil apa, sebab ikan2 ni takde kat Semenanjung...
Aku stay kat Hotel Sandakan...I asked the receptionist for not to give me room with *15 at the back. Dia kata, "Wah boss, kau tau juga sejarah dia ah...". Yes I know the story, long time ago...apa story dia aku tak nak cerita...ini dah ntah berapa puluh kali dah aku stay kat hotel ni...so aku taulah...

Kawan bagi kereta Mazda Fighter untuk kami. Apalagi...petang tu kami ronda some Philipines squatters around Sandakan and took some nice pictures with Nikon D80. Nampaknya aku masih tak dapat tidur lagi...but I think that I still strong to walk celah2 kampung to find nice shot for our memory...balik dah nak malam dah...

This is how our friend Rizan, acting as professional photographer in Sandakan...repeated "as professional" only...not 'really professional'...hahahaha....sori Abg Zan....hehehehe
Malam tu my friend come again, ajak makan seafood kat Pasir Putih..around 15 munites from Sandakan...all fresh! We took few pictures of food and especially the live groupe (kerapu), lobster, etc..dan special food that night, siput cungkil...

Aku lagi pro sebenarnya...hehehehehe...ni masa kitaorang kena belanja kawan kat Pasir Putih Seafood...see at the back...ada gambar Tiger...mostly in Sabah, Seafood serve by Chinese, but do not worry, cause it is normal in Sabah, that is why they put "SERVE NO PORK"...but I always making jokes..."you see, that restaurant, SERVE NO FORK"...so, when you order, no fork given to you...just a spoon....when you ask them "why no fork?" Then they say, "of course la...no fork maaa.." When you ask again.."This restaurant serve pork la?" Diorang jawab "Ya la...babi ada, garfu saja talak..." Hehehehehe...just joking!...tengk aksi aku ambik gambar...
Suddenly my forex friend call me, Paramgmulau, from Kinabatangan. He came to Sandakan just to learn my technique, Teknik Penjejak Pips (TPP). So, that night, we stay till 2.30am...and I teach my friends how to use basic TPP...gila...sebab aku tak tidur2 lagi nih...esok aku kena bergerak awal untuk pulangkan kereta. Flight ke Tawau around 10.00am..so by 8.30am aku kena pulangkan kereta kawan...hmmm...penat...

The Tiring Journey ni tak habis lagi...ikuti sambungan seterusnya di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna, kemudiannya bersambung semula ke Sg. Petani dan Teluk Intan...

By the way, tak banyak gambar yang aku akan attach dalam ni sebab, aku dan Rizan akan buat satu website koleksi gambar2 menarik dan indah yang kami tangkap menggunakan Nikon D80....nantikan kemunculan website photography kami....

Sambung nanti....wait!!!

Thursday, June 25, 2009

The Tiring Journey - Part 1

Yes..it was very tiring! Let join me in this tiring journey, but memorable!

13 June 2009 - Teluk Intan
I drove to Teluk Intan to complete my brooder. It is not finish till afternoon. Suddenly my partner Naztreo called me that he managed to buy 300 chickens! Apalagi, kelam kabut aku siapkan brooder ni. But where should I put this brooder? My father in law asked me to 'robohkan' kitchen yang dah nak roboh ni...
Tu dia...aku roboh dinding tu...kemudian masukkan brooder yg dah separuh siap....
Then, tak lama lepas tu Naztreo sampai...bawak 300 anak ayam...ishhh...rasa seronok plak...
Atas tu anak2 ayam kampung dalam 3 kotak...kotak ni dibahagikan 4, setiap bahagian mengandungi 25 ekor anak ayam...
Tu diaaaa...bersesak plak dalam tu....kemudiannya kami pindahkan dalam brooder...rasa seronok plak tengok depa ni berlari2 dan terbang ke sana-sini dalam brooder tu...ni first meal diorang...anak ayam yang kurang sebulan ni dipanggil DOC (day of chicken)...anak ayam ni berumur 2 hari dan belum makan atau minum lagi...so, ni first meal diorang sebab pembekal pesan supaya terus bagi makan dan minum...berebut depa ni makan...letak je kat lantai brooder terus berlari nak makan...
Malam, suhu drop ke 27-28 darjah selsius....selesai pasang lampu...alamak, still they all berkumpul satu tempat...ni parah ni...so kita tambah satu lampu lagi...jadi 3 lampu berkuasa 60 watt setiap satu....masih tak menjadi...suhu masih sekitar 29 - 30 darjah selsius....so, kami cari guni...Abg Karim sebelah tu datang ambik kan guni bekas baja kelapa sawit...so kami tutup brooder tu...
Lepas tutup tu...depa sambung makan la plak...lega bila depa mula berselerak merata tempat...actually this is the critical stage in breeding kampung chicken...kena jaga dengan teliti, terutama suhu....kalau suhu drop ke 27, petanda tak baik...mereka akan berkumpul dan berhimpit2...for sure banyak yang mati terhimpit....kalau suhu panas, melebihi 34 darjah selsius pula mereka akan jadi lemah....so semuanya akan merapati dinding....paling baik dalam hal ini adalah pemerhatian...kalau mereka berkumpul di satu tempat, bermakna suhu sejuk...kalau semua ketepi dinding, suhu panas. Dua2 keadaan ini tak elok...pasti banyak mati keesokannya...thermometer banyak membantu...sebaiknya gunakan thermometer digital, lebih tepat...bacaan suhu antara 28 - 34 darjah selsius adalah terbaik.

Bila tutup dengan guni, suhu start naik dan stabil pada 31-32.5 darjah selsius...time ni kita perlu stay dalam sejam untuk memerhatikan suhu...kalau ia bergerak di antara suhu di atas, so bermakna suhu sudahpun stabil...dan ketika ini kita dapat lihat anak2 ayam riang semula...berlari dan berterbangan....seronok tengok...
Siang sebelum tu aku beli dedak 50kg dengan harga RM120...mahal gila kat kedai Chenderong Balai tu. Menyesal tak beli kat Selangor...harga just RM90 utk 60kg...By the way we are in planning to increase the number of the chicken. For now we spent almost RM2,500 to buy everything, including 2nd hand wood & zink untuk reban. Reban still tak buat lagi...that is why we planned. If you start with chicken pullet, you have to be ready dengan reban ayam. But if you start like us, bermula dengan anak ayam, you have to be ready for brooder then look for reban within one month. Planning kena betul, samada mau start dengan pembakaan, anak ayam atau ayam dewasa.

Kami memilih dengan anak ayam, sebab tidak perlu rushing untuk buat reban. So, perbelanjaan boleh di perlahankan. Kalau dengan pembakaan, kos reban, penjagaan dan juga inkubator perlu dibeli dan of course mengambil masa 6 bulan untuk mendapatkan telur dan 10 bulan untuk hasilnya. While bermula dengan ayam dewasa pula memerlukan pembuatan reban serta merta. Ini memerlukan wang pendahuluan yang agak besar. So, kalau korang nak bela ayam kampung, perlu fikirkan semua ni...buat step by step...paling baik bermula dengan anak ayam dulu...

Malam tu aku balik sampai kat rumah around 1.00 am...penatnya...dahlah aku kena sambung ke Sabah pula...by the way, masa buat brooder tu aku suka singgah kat gerai tepi jalan ni...gerai si Fuad, budak muda Labu Kubong...aku suka minum air gas ni...kat Bongawan kitaorang panggil oren botol kicap, di sini orang panggil 'oren bodoh'...hehehehehe...
Yes..basically that is the nice day for me...really tired but feel happy to see my first batch of kampung chicken. But wait...I will update this blog very soon...cause that is my first tiring journey...went to Teluk Intan on 12 June 2009....then 13 June 2009 balik rumah before ready 14 June 2009 to Sabah...I will share this tiring journey after this...

And...please visir our Kampung Chicken website http://www.ladangmas.com.

Wednesday, June 10, 2009

Cabaran Ke 2 Bermula

Nampaknya cabaran ke 2 telah bermula. Aku dan partner mengumpulkan nombor2 pembekal anak ayam kampung ori untuk mendapatkan bekalan. Kami mula mencari bekalan sekitar 400 ekor. Berbelas2 penternak kami telefon namun masih belum menemuinya.

Zali Agro Farm kat Melaka ada jual...tapi jauh la pulak...baru 3 hari beliau iklankan dah sold out!!!

Antara pembekal yang kami telefon adalah :

1. En. Rosnin, Rubinga Heritage (Sepang) - beliau baru sahaja menjual 400 ekor anak ayam. yang tinggal hanyalah 100 ekor. Aku minta tangguh untuk berbincang. Petang tu telefon lagi. 50 ekor telahpun di beli...tinggal 50 aje...alamak...susah ni. Kami hold dulu. En. Rosnin ni cukup ramah dan informative. Siap beliau cerita pasal inkubator lagi...terimakasih En. Rosnin.

2. En. Azmi, Angsada Ria (Sg. Besar, Selangor) - bro ni pun takde bekalan minggu ni. Tetapi minggu depan beliau ada malah sudah ditempah sebanyak 3000 ekor. Seronok sembang dengan En. Azmi ni sebab beliau cukup ramah walaupun masih belum berjumpa dan pertama kali telefon.

3. En. Hisham, Interexposefarm (Sepang) - bro ni keluarkan 100 ekor anak ayam ori sehari. Tetapi kena ikut giliran, dah 5 org menunggu. Bulan depan baru ada. Beliau janji nak tanyakan kawan2 beliau, kalau ada bekalan. Kalau ada dia kata akan call aku balik....terimakasih atas pertolongan En. Hisham.

4. Tn. Hj. Hanafi, Edenagrofarm - Tn. Haji juga kehabisan bekalan anak ayam kampung. Yang ada, ayam dewasa. Tengok website tu...dahsyat...banyak betul ayam kampung Tn. Haji ni...

5. Pembekal Ayam Joo Long (Kedah) - Call tak dapat. Tetapi petang tu tetiba je tauke ni call balik. Tapi beliau masih tak dapat tentukan bila penghantaran seterusnya. Tetapi beliau berkata minggu depan baru boleh hantar. Beliau setiap minggu membekal anak ayam kampung sehingga ke Johor.

6. En. Azman (Sekinchan) - beliau cuma membekalkan anak ayam kampung untuk contract farming. Kebanyakannya jenis Sasso. Beliau ni cukup ramah dan informative. Banyak info kami dapat dari beliau ni. Kalau nak buat contract farming, beliau boleh berbincang.

Tu antara yang kami telah memberikan respon yang baik. Terimakasih pada semua. Yang lainnya hanya berkata tak ada. Tetapi mereka di atas cuba sedaya upaya membantu kami...Terimakasih.

Biarpun masih belum berhasil mendapatkan anak ayam kampung ori, kami cuba juga berusaha....satu cabaran buat kami yang masih baru ni....satu pengalaman yang cukup bagus untuk kami. Cabaran ni juga membuatkan kami lebih bersemangat untuk menjayakan projek ini.

Korang mungkin tertanya2, mengapa tak booking je minggu depan? Actually aku ni mobile. Minggu depan aku akan berada di Sabah dari 14 - 23 June 2009. Aku akan mobile dari sandakan ke Tawau, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan KK. Sebaliknya dari KK aku akan pergi ke Kedah dari 25 - 27 June 2009. So, aku betul2 takde masa. Terlalu sibuk dengan trading lagi...isshhh...

By the way, di atas menunjukkan betapa anak ayam kampung ori ni seperti 'pisang goreng panas'....ada saja orang sapu....hmmm....

Monday, June 8, 2009

Brooder Ayam Kampung - The Challenge

Friday 5th....I went back to my wife 'kampung' with a mission - to buy some woods for the brooder. Departed @ 10.00pm and arrived @ Tapah @ 11.30pm...wahhh...tak sedar actually aku speeding kat highway....why I used Tapah, instead of Bidor? Actually I like jalan Tapah - Teluk Intan cause no buses or lorries...jalan sunyi, so aku boleh speeding...compare to Bidor...kalau kena lorry or buses abih la...kereta bersusun belakang...nak memotong susah...I know people told me that after penjara Tapah, somewhere dekat kuburan tu agak 'keras' sedikit...aku tak nafikan cause aku pernah kena sakat kat sini...by the way...this is not a ghost story...so I do not want to talk about it now...

Ok..sampai kat Teluk Intan aku terpegun melihat awan....cantik dengan cahaya bulan mengambang...so, aku amik gambar ni...cuma kamera aku ni bukanlah macam kamera Rizan yang mahal tu...kalau tak sure hasilnya cantik...
Cantik kan? Ni yang aku tak sabar nak beli senjata Nikon DSLR aku ni....

By the way...esoknya tu aku pergi la cari hardware...tujuan aku nak beli kayu 1 x 2, 20 batang, dawai BRC untuk lantai dan dawai mata punai untuk pintu brooder...so aku pun mulakan misi...

Malangnya satu kedai pun tak bukak...aku ronda pekan Teluk Intan. Ada beberapa hardware bukak...yes! Aku pun beli la barang2 keperluan....tapi bila tanya ada plywood tak? Takde boss...ada kayu 1 x 2 tak? Takde boss...alamak...cabaran lagi nih...dah la banyak kedai tutup...hmmm...tetiba teringat...patut la tutup...ari tu Birthday Agung....hmmm...by the way ni aku beli dari kedai tu :

1. Dawai mata punai - RM3 semeter
2. Kabel eleltrik - RM0.60 semeter
3. Lamp holder - RM1.50 satu
4. Engsel kecik - RM1.20 sepasang
5. Balang minuman 1/2 litter - RM3.00
6. Plug - RM2.50

Semuanya RM89.80...

Aku ternampak BRC..tanya...tokey, ni berapa 1 meter? Haiyaa...tu kila 1 kaki woo...kasi lu mulah..RM3 satu kaki....dalam hati aku...ceh, mahal gila! Kat Shah Alam RM9 je semeter...tak jadi beli aku....ternampak pula jaring tali...untuk kepung kawasan lepas nanti...tanya harga..."oooo, itu kira kilo...lu mau angkat wa kasi mulah...RM20 saja 1 kilo...ini bagut maa...tinggi 20 kaki...panjang wa tatak tau...tapi ini kasi jimat loh"...ye la tu apek...!

Aku pi pasar plak beli ikan & sayur...sambil tu aku pegi kat apek2 yang jual ayam kampung hidup kat pasar Teluk Intan..."alo boss, mau ayam kg. ka?" Berapa satu kilo? "Mulah maa...RM10 satu kg...lu mau angkat, itu sembelih Islam punya kita ada bikin..." Orang mana sembelih? "Indon...tapi lu jangan lisau aaa...ini Islam juga" Yelah tu apek ooiiii....anak ayam kg. ada? "Soli ah boss...anak ayam kg tala..." Ok lah...semua penjual ayam kg hidup kat situ orang cina...tukang sembelih Indon...aku teringat masa raya baru nih...bini aku siap ambik nombor giliran nak beli...sebab ayam daging habis stok...so kena beli aym kg hidup...aikkk...ramai gila beratur...amik nombor giliran plak.....wakakakaka....macam nak pegi kaunter bank!!!!

So, separuh hari dah habis....kayu tak dapat2 lagi...so aku call la kayu 2nd hand kat Langkap....yes!!! diorang bukak. "Tapi boss, itu lorry driver ada cuti juga...ini hari ta boley hantar...Isnin juga kalo mau!" Alamak...satu cabaran lagi? Takpe la...aku angkat sendiri...cari lori tak jumpa...last2 aku pandang Wira buruk aku tu...hmmm...hentam la...

Ni pekerja kayu 2nd hand tu sumbat kayu lam wira...
Ni pak mentua aku bukak tali bila dah sampai kat tapak projek...
Kayu tu 7 kaki je panjang...aduuhhh...aku punya perkiraan dah lari...sebab plywood 4 x 8....aku cadang nak buat brooder 4 x 8..boleh masuk around 180 ekor anak ayam...now aku kena ubah...buat brooder 4 x 7...takpela...ni la cabarannya....at least boleh muat 160 ekor anak ayam...balance plywood nanti aku boleh buat tempat makan anak ayam...

Kat langkap aku survey hardware lagi...dawai BRC just RM7.50 je semeter...wah...murah ni...tawar2, ok setuju...semeter RM7...aku sapu 21 kaki semua...so dalam RM50...

Tanya plywood...dia kata nipis punya RM20 saja...boleh kurang lagi kalau angkat banyak sikit..ok lah...lori takde, so aku hold dulu...ternampak selonggok jaring tali...tanya tokey...ini berapa? Itu kira timbang, RM15 saja...isshhh murahnya...apsal kat Teluk Intan RM20? BRC kira kaki RM3, sini 1 meter RM7? Bukan jauh pun Langkap ngan Teluk Intan...

Well, dah pukul 3.30 ptg...aku mulakan memotong kayu..ishhh....kayu 2nd hand...banyak betul paku...buang masa betul buang paku ni. Ada yang keras, ada kayu lembut...hentam la...aku amik tools yang aku bawak dari rumah...alamak...gergaji aku pula mata halus! Lenguh tangan nak potong kayu...ish...cabaran lagi....takpe esok aku akan beli gergaji mata kasar satu...

Tetiba ada bunyi macam sesuatu mengetuk kayu...aku pun cari...hmmm..ternampak aku benda ni....
tak jelas? tengok ni....

Tu dia....woody wood pecker rupanya....burung belatuk...

Petang tu dengan gergaji yang melenguhkan badan dan macam2 yang berlaku...aku cuma sempat potong 5 batang kayu untuk di buat kaki....esoknya....

Pagi2 aku dah keluar....aku buat beberapa rangka tepi brooder....tgh hari aku pi kenduri kahwin...petang aku terus ke Langkap...beli benda nih :

1. Gergaji mata kasar Stanley - RM28
2. BRC cutter - RM8
3. Kayu 1 1/2 cm x 1/2 cm - RM0.80 sebatang
4. Paku 2 1/2 inci - 1/2 kg

Semuanya RM46....

So aku pun start buat brooder ni...sampai ke petang...akhirnya siap la sebuah brooder yang berukuran 4 x 7 kaki...boleh memuatkan 160 ekor anak ayam...ni rangka je....Jumaat ni aku turun lagi dan beli plywood serta kayu 2 x 3 untuk reban sekali....
Wah...jenuh aku amik 1/2 hari buat benda ni...maklumlah sorang2 je buat...nasib baik aku ni pandai bertukang...rumah bapak aku kat Bongawan tu kitaorang buat sendiri adik beradik dan bapak aku sekali...so, takde hal la kalau aku nak buat reban je...buat sorang2 ni takde orang nak tolong pegang kayu...so the best is buat kayu silang untuk pegang...tu caranya...cun tak brooder aku tu?

Ishh...mana partner aku si Naztreo tak tolong nih? Actually Naztreo balik kg dia kat Melaka...misi dia nak bodek bapak dia untuk dapatkan induk ayam kampung...so, ni gambar aym kg bapak dia...dalam 30 ekor semuanya...yg jelas pada aku, ni jenis aym kg Merewas....cuma ada beberapa ekor yg aku tengok baka lain...apa-apa pun aku tandakan yang akan jadi mangsa kitaorang...

Pejantan baka Merewas...


yang ni aku suspek dah campur dengan baka Sentul....
Ada seekor aku nampak macam ayam baka Melayu...tu sebelah kanan, dengan balung bulat...tapi pialnya jelas...mungkin ni dah mixed dengan merewas...
Yang kiri tu aku pasti aym betina baka Melayu....

Ni target seterusnya....

Hmmm....projek ni berjalan seperti biasa...hopefully usaha kami ni menjadi...

Apa pun....hari ni aku penat giler!

Friday, June 5, 2009

$USD - Money From Internet

Woahh! How busy am I...yesterday I went to Damansara for meeting. Then the consultant 'belanja' at one of the best restaurant there. Looking at the menu...sooo expensive. I took the food call 'Jonker Platter' which comprises thai fried rice, chicken pandan, chicken curry, prawns, vegies and 'keropok' and the price is RM25, not included 5% tax...wow...food also expensive nowadays...

Actually I don't wanna write about that here...I would like to talk about internet money...I still remember one of my friends sometime ago told me "I tak percaya lah bisnes internet ni...sampai bila I tak percaya. Tak kan internet boleh bagi duit begitu mudah". One of my close friend (lecturer) pernah gelakkan aku...dia kata "ko dah jadi jutawan la sebab internet ni...hahahahaha". Sorang lagi pernah sindir aku. Dia kata "kalau ko jual majalah gambar bogel budak melayu kat internet baru laku...sat lagi ko kaya". But for me it is ok...itu cabaran namanya....and I do not care just because I do my own business, never disturbing others, and I do it because I love it!

Well, baru ni aku dapat check from Google for Google Adsense program. Aku sebenarnya takdelah serius sangat pasal Adsense ni. Ala...dulu aku dah bagitau lam blog ni aku bukan serius with Google Adsense...check ni pun tak banyak. Just USD111.31 je...which about RM384.00 jer...actually aku melibatkan diri dalam internet biz ni dah lama...but never serious.

Last month I got similar figure from google. I have the reciept but no picture taken...hehehe...I will take the pic of the reciept later and show it here....

Before, I did some affiliate program together with Adsense. I am selling insurance, loan and satellite TV on the net...dapatlah around USD300-500 a month. One of the affiliate I am joining can be seen below...dah lama, year 2006 dulu...



I am trying to find all the previous reciepts and checks which each time I receieved, I will take a picture of it...but banyak dah hilang lam CD mana ntah...kalau aku jumpa aku bagi tengok kat lam blog nih...

But I feel that 80% should be spent on the marketing. Since I am a lazy type in promoting, I just do sambil lewa. Ada, adalah. Takde, takdelah. But as mentioned before, my serious concern is the online trading. I feel much more relax (actually most of the time stressed! Especially when the market price against us...hehehehe) and have more time with family. This month, guess how much I got from online trading? Its a big amount....almost 5 figures! I do not want to disclose it....but this figure not as high as March 2009, still a very good extra income to me...

And think about it...do internet really can generate money to us? I 'must' say YES! Providing that you know how to drag the money. Some people do make money, while others do biz on the net. Whatever it is...as long as you know how to do, then the money will come...I have a friend selling properties on the net. While some getting USD500-1k using Adsense. A friend of my wife selling parfum on the net (she got RM3k-4k a month!)....some selling even 'ayam kampung' on the net...And one of my friend even getting USD15k-20k a month through online trading. Yes, It is up to you how to manipulate the internet and dig some money from it.

The best thing is...I use this internet money to start my own Ayam Kampung Project and I think that no need for me to get bank loan to start the project....can you?

I did it and prove to those laughing at me before!

Ok lah...June 2009, for friends around Pantai Timur Sabah, I'll be in Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Kunak and Semporna on 15 to 22 June 2009. I really looking into this journey...I am in planning with my friend, Rizan to be ready with his weapon, the Nikon D80 to shoot any interesting event. Here a bit of my journey :

I will start from KLIA directly to Sandakan. Stay 1 night in Sandakan then depart by flight to Tawau. In Tawau I will drive to Lahad Datu, estimated 4 hours. Stay in Lahad Datu 1 night then go down to Kunak. Afternoon I will go down again to Tawau. Day after, I will go to Semporna. I will spend my weekly in Sipadan Island to take few pictures. This is a very challenging journey where I will drive for a long hours....Imagine, 2 hours to Kunak from Tawau as well as to Semporna. We are hoping to stay in Semporna one night but, my friend told me not to do so because nothing in Semporna and dangerous too...a very quiet town at night...you can only see army and policeman walking in the town! Really? Well...hiw word not scaring me...this is what me and my friend looking for....boleh amik gambar...sure hebat!

By the way...for friends...wait for me...and Rizan, ready with your weapon. The rest...think about your internet business!!!!

Tuesday, June 2, 2009

Upin & Ipin Terlepas Di Hutan Lipur Kanching

Hujung minggu baru ni, kawan aku, Rizan pegi la ke Hutan Lipur Kanching, Templer Park. Beliau ni baru jer berjinak ngan photography ni. Berbekalkan senjata jenama Nikon, model D80 DSLR, beliau menembak beberapa sasaran. Aku ni walaupun dari dulu suka amik gambar, tapi aku masih guna kamera digital biasa Olympus lama aku. Tak macam Rizan ni, dasat kamera dia tuu...camana pun aku tengok banyak gambar cantik2 yang beliau berjaya rakam...ada juga perlukan angle yang cun untuk menambah kecantikan gambar...camana pun aku respek bro Rizan ni sebab walaupun baru, banyak gambar yang di ambil kelassss gitu!

Ni beliau sempat amik kat Hutan Lipur Kanching, Templer Park Rawang...Upin & Ipin ke tu? Hehehehe.....

Monday, June 1, 2009

Air Terjun Junjong, Kulim, Kedah

Macam Yang aku kata, aku beberapa kali ke Kedah. Hati aku meronta untuk pergi ke Gunung Jerai, just to see or to explore anything that interesting around there. But masih tidak kesempaian. So, baru ni aku kebetulan lalu Kulim. Kata orang ada air terjun kat situ, namanya Air Terjun Junjong. So apa lagi...pegi la jenguk2...

Samapai je kat situ rasa teruja jugak. But akhirnya tiada apa yang aku temui menarik selain anak sungai dari bukit atas bukit yang mengalir lesu...untuk mendapatkan tempat yang sesuai untuk mandi manda, pihak berkuasa disitu binalah beberapa benteng untuk mengepung air, menjadikannya seperti satu kolam mandi...by the way, walaupun tak menarik minat aku, maybe korang boleh singgah mandi-manda sini untuk menyegarkan badan sebelum menyambung perjalanan...
Balik tu aku ambik gambar ni, kat Gunung Tempurung, melalui Plus Highway...cantik gak...cuma kamera aku je yang tak cantik...issshh...ni yang nak beli kamera Nikon nih...nak cari at least model D40 kot...atau D60....