Bosan Surfing? Download Toolbar & Dengar Radio....

Banyak radio untuk didengar dari seluruh dunia. Download toolbar ini...
toolbar powered by Conduit

Tuesday, July 14, 2009

Anak Ayam Kampung Umur 3 Minggu

Kita hentikan dulu The Tiring Journey kita ke Sabah dan Teluk Intan. Actually, the travel never stop since June 2009...every week I am travelled everywhere. Tiring, I tell you!

Let me talk about my Ayam Kampung projek....nampaknya anak-anak ayam kampung dah berumur 3 minggu...seminggu lagi mencecah 1 bulan, bermakna anak-anak ayam ini harus dikeluarkan dari brooder ke reban. By the way, setelah mengasingkan anak-anak ayam kecil ke brooder ke 2, proses ini aku anggap berjaya kerana 80% dari anak-anak ayam kampung yang kecil ini menjadi besar, sebesar anak ayam brooder pertama.

Kenapa ada antara anak ayam kampung ni kecil atau lambat tumbesarannya? Semuanya ada dalam berita di Ladangmas.com. Baca kat situ kalau tak tau...
Kat atas tu adalah brooder pertama di mana anak-anak yang yang bersaiz besar diletakkan. Di bawah adalah brooder ke 2 di mana ketika berumur 2 minggu, anak-anak ayam kampung yang lambat tumbesarannya diasingkan ke brooder ke 2.Perhatikan dalam brooder ke 2 tersebut, beberapa ekor masih kelihatan lambat tumbesarannya. Biarpun hasilnya tidak mencapai 100%, tetapi, 80% dari anak-anak ayam kampung yang kecil ini berjaya membesar sama seperti anak ayam kampung brooder pertama.

Ni reban yang kami buat sebagai persediaan untuk memindahkan anak-anak ayam kampung ni setelah berumur 1 bulan kelak...tak siap lagi pun...ambik masa 2 hari...cadangnya nak buat 14 kaki x 21 kaki...tapi tak siap...bumbung tak buat lagi...hehehehe....

Juruteranya aku sendiri...ni tengah buat rangka dinding tepi...zink diletakkan atas rumput untuk melihat besar reban yang akan di bina...reban ni atas tanah, untuk mengurangkan maintenance dari segi mencuci lantai dan memudahkan pengasingan tinja (najis) ayam untuk di buat baja.


Rangka dah siap....tu pun baru 7 kaki...ada 14 kaki lagi nak buat...
Tu dia....dah berdiri dinding bawah dan juga jaring...tak siap lagi tu...bumbung tak buat lagi tu...letak zink atas tu just nak dapatkan feel...Haa...cun tak reban ayam Ladangmas ni? Hehehehe....tak siap lagi la....tu baru 7 x 14 kaki...kalau siap nanti ukurannya jadi 14 x 21 kaki...selesa lah anak-anak ayam kampung aku...