Bosan Surfing? Download Toolbar & Dengar Radio....

Banyak radio untuk didengar dari seluruh dunia. Download toolbar ini...
toolbar powered by Conduit
Showing posts with label Makan Minum. Show all posts
Showing posts with label Makan Minum. Show all posts

Wednesday, May 27, 2009

KK, Seafood & Swine Flu

After one day looking for the Ayam Kampung project site, day after I flew to Kota Kinabalu (KK) as scheduled. I spent 3 days in KK. So, first day I went to my brother punya kebun to see dia punya ayam kampung. Jauh di belakang Kem Tentera Lok Kawi, tanah seluas 1 ekar, ada sebanyak lebih 40 ekor ayam kampung yang dibela abangku. Katanya semuanya lebih 60 ekor. Tapi ada yang hilang. Manakala banyak telur juga hilang. Telur tu aku tau kerja siapa...apa lagi kalau bukan biawak dahan atau kat kampung aku di panggil biawak punggur. Ni biawak jenis yang suka memanjat pokok...biasanya dia akan telan telur ayam dan lari ke paya, kemudiannya dia muntahkan kulit telur tadi...

Aku terlalu asyik bersembang dengan abang aku kat rumah kecil yang di bina di tengah2 tanah tu sambil memerhati ayam kampungnya berlari2 dan menguis2 tanah. Aku perhati ada beberapa jenis ayam kampung abang aku ni...nak tau jenis2 ni? Ni aku bagitau :

1. Jenis Melayu - sebenarnya dari baka sabung. Balung pendek dan bulat. Pial juga pendek, malah kadang macam takde pial pun...
2. Jenis Cina (Nunukan) - bentuk macam ayam daging, cuma kecik. Balung dan pial besar dan panjang...ishhh...lucah nih...
3. Jenis Ayunai - tembolok dan dada takde bulu....nampak macam 'anu' lelaki je...hehehehe...
4. Serama - kecil dan tegak
5. Katik - besar sedikit dari serama dan badan tidak begitu tegak.
6. Bantam emas - bulu perang keemasan dengan hujung bulu berwarna hitam. Sekali pandang macam sisik ikan...cantik!

So, kebanyakkan ayam kampung abang aku ni jenis Melayu. Ada seekor induk jenis Cina. Manakala beberapa ekor jenis Ayunai beberapa ekor serama dan 2 ekor katik dan yang menarik perhatian aku....4 ekor ayam Bantam Emas! Induk Melayu juga hitam berkilat berat lebih kurang 3 kg seekor. Aku kata nak booking telur induk Melayu dan Bantam Emas...abang aku kata dia dapat Bantam Emas dari bapak aku kat Bongawan...dia beli RM100 sebanyak 9 ekor dari bapak aku dan dalam tu ada 4 ekor Bantam Emas...murah giler dia bagi bapak aku! Dia kata dia sayang Bantam Emas tu...

Sayang sekali sayang...kerana leka bersembang sehingga petang, terlupa pula aku amik gambar...aku pula bergegas nak balik ke Bongawan untuk bertemu kedua orang tuaku...

By the way...ni beberapa gambar masa aku kat KK....dah lama aku tak naik MAS ni...
Tu gambar International KK Airport yang baru...cantik juga...

Ni bawah ni gambar kat dalam airport...
Then aku terpandang satu promotion oleh MAS kat airport nih...
Ngapa plak aku tertarik nak amik banner promo MAS ni? Cuba korang perhatikan...ada sesuatu yang melucukan dalam banner nih...Bukan apa..disebalik "WOW" wording tu ada terselit "Alamak" wording....tahu kenapa? Tak dapat cari?

Ok...kalau aku nak booking tiket...aku pula ada pilihan AirAsia...so aku ternampak pula prmo ni...aku akan kata, "Oh...boleh booking awal la...emm...bagus ni, boleh juga booking online...tapi, alamak, NO REFUNDS!" So, aku rasa korang faham maksud aku...disebalik very positive wording, terselit satu negative wording...aku rasalah AirAsia lebih bijak dalam promo ni di mana cuma ada bintang kecik kat atas dan akan tertulis *Terms & Conditions Apply. Bila baca terms ni baru ada terms no refund...well, aku rasa MAS patut fikirkan benda nih...

Ni pemandangan dari atas airport KK...cantik...
Hari ke 2 aku kat KK, aku pegi Lok Kawi...
Tu jalan dari Lok Kawi menuju ke KK....

Kawan belanja aku kat seafood...ni kali ke 4 aku makan kat seafood ni...nama dia tak salah aku Beringgis Seafood...location after Kinarut, seberang sungai kalau dari KK dan berdekatan dengan Outward Bound Sabah. Ni antara koleksi makanan yang fresh...

Atas tu kerang bulu sebenarnya...diorang dah berus dan bersihkan...so dah takde bulu...kerang ni banyak di jual di Pantai Remis, Sg. Sembilang, Kuala Selangor. Besar kerang ni...saiz dia luar biasa dari kerang biasa...

Ni pula kat kampung aku di Bongawan tu kami panggil Dalus...ntah apa orang Semenanjung panggil....
Ni sedap ni...kalau rebus, airnya manis....kalau masak kicap pun best....goreng cili lagi best!

Ni ketam bakau...orang Semenanjung panggil Ketam Nipah. Kawan aku dari KL tanya aku...halal ke nih? Dua alam ke? Hmm...sebenarnya ketam bakau atau ketam nipah ni bukannya hidup dua alam...ramai terkeliru dengan ketam batu...ketam batu dua alam, tapi bukan ketam nipah...
Tengok tu harga dia...kalau gred kecik sekali, harganya RM25 sekilo...yang gred B, besar sikit RM30 sekilo...kalau gred A, RM40 sekilo...mahal tu....aku teringat Cik Pah, minah Pahang yang bela ketam ni....

Ok, meh kita tengok perbezaan antara ketam nipah / bakau ni ngan ketam batu...

1. Ketam nipah / bakau ni bernafas menggunakan insang...kalau cengkerang di buka, akan terdapat insang lembut kat tepi kiri-kanan. Ketam nipah ni boleh hidup tanpa air selama 2 hari je...sebab bila insang kering, dia akan mati...ketam batu plak takde insang ni. Ketam batu seperti katak dan reptilia dua alam, bernafas menggunakan paru2. So, ketam batu boleh hidup berminggu kat darat. Atas dasar biologi inilah beberapa fatwa dikeluarkan bahawa ketam nipah / bakau halal bagi umat Islam manakala ketam batu haram. Boleh le korang rujuk mana2 website agama untuk mendapatkan fatwa ini.
2. Rujuk gambar di bawah ni....
Tu lah beberapa perbezaannya. Kaki belakang sekali ketam nipah / bakau ni berbentuk leper untuk tujuan berenang, kerana ia hidup dalam air. Manakala ketam batu tidak memiliki kaki sebegini. Kaki terakhir ketam batu sama seperti kaki yang lain (tajam) untuk membolehkannya hidup di darat. Sebab tu juga ketam batu ni kalau kat Sabah pandai panjat pokok kelapa! Manakala satu perbezaan lagi ialah matanya. Mata ketam Nipah / bakau ni pendek seperti ketam bunga atau kat sabah kita panggil ketam suri. Ketam batu pula memiliki mata panjang seperti wiper kereta yang terlipat di sebelah kiri dan kanan. Kalau kat darat, mata ketam ni akan terlipat. Tetapi ketika berada di air, mata ni akan keluar kalau di air cetek (badannya dalam air...mata ni akan keluar dari air...macam teropong kapal selam...tujuannya meninjau makanan dan musuh. Mata ni kalau ketam batu dewasa berukuran lebih kurang 2-3 inci....

Haaa...tu dia, kalau korang tak tau beza ketam batu ngan ketam nipah @ bakau nih...

Ni pula aku panggil siput cungkil...sedap gak ni kalau tumis cili...kena cungkil isinya kalau nak makan...aku tak tau plak korang panggil ni siput apa...
Tengok apa yang kitaorang makan yang bernilai RM230...agak murah berbanding di Semenanjung....menu kita hari tu :
1. Ketam Bakau masak butter, 1 kg
2. Ketam kulit lembut...mahal gila ni....1kg
3. Udang goreng butter kering, 1kg
4. Ikan merah...tengok dia berenang...pilih je...
5. Kailan belacan

Tengok nih..yummy!
Tengok gambar close up menu kitaorang...
Tu dia ketam bakau masak butter...sedap giler...merah menyala beb...bawah ni plak udang goreng butter...
Tengok gambo ni...aku plak lapar...aku pi makan dulu sebelum aku sambung...

Lepas makan..ni aku sambung...kat bawah ni plak ketam kulit lembut goreng tepung...cepat je abis...
Tu diaa...ikan merah masak masam manis....
Kenyang giler meratah lauk hari tu....ni pemandangan kat seafood tu...siang sunyi je...tapi malam, memang penuh, susah nak cari meja kosong...pemandangan memang damai dan tenang....


Aku balik pada 20hb May 2009. Petang tu ada saringan swine flu....nampaknya ada 5 orang, kesemuanya student, I guess flight from Hong Kong or China...suspected swine flu...diorang ni kena screen berkali2...kesian gak....

Hmm...penat jugak aku pegi Sabah hari tu...setiap malam aku tido pukuk 3 pagi...member2 forex aku datang serbu aku, mintak ajar ilmu2 yang masih aku sorok. Tapi berbaloi-baloi, sebab diorang berjaya dapatkan beratus2 USD selama 3 hari aku kat sana. Dan penat aku terbayar kerana denagn ilmu yang aku curahkan pada mereka, sehingga mereka mampu meraih beratus USD sehari...apa-apa hal pun tahnia pada mereka...

Nanti aku update lagi blog ni...sebab 2 hari lepas aku balik dari KK ni aku pegi Kedah. Sempat ambik gambar kat salah satu air terjun di Kulim. Hajat di hati, untuk kali ke 2 berhajat untuk mengexplore Gunung Jerai terbantut, sebab hujan lebat di Kedah...nanti aku update...

Thursday, February 26, 2009

My Visit To Bukit Malawati

As promised, I will attach my visit to Bukit Malawati Selangor. Here they are...

Actually, this is my fourth visit if I am not mistaken. Currently (not really current...) during Chinese New Year, ada gak pegi lagi...my wife kata tak habis2 nak bagi makan monyet...Ntah...kadang rasa kesian pun ada kat monyet kat situ dan sayang pun ada sebab jinak sangat. Ni picture yang aku amik dulu...

Ni keretapi yang kita naik sampai ke atas...boleh jalan kaki sebenarnya (memang le jalan kaki...ada orang jalan tangan atau jalan kepala ke?), tapi penat woo...just pay few Ringgit saja ma....


Dulu Bukit Malawati ni adalah kubu untuk bertahan dari serangan musuh...so, meriam lama ni masih ada kat situ...Ni rumah api yang digunakan untuk panduan kapal korek...hahahaha...kepala hotak ko kapal korek...kapal laut la....

Balai cerapan anak bulan....ha...kalau nak tau, bila musim puasa atau raya, selalu diumumkan tempat2 'menyubuk' anak bulan...sini lah salah satu tempatnya...Jom kita tengok kat muzium atas puncak bukit ni...
Dan...biasanya lam muzium tak leh amik gambo...aku toleh kiri-kanan...pas tu aku amik gambo ni...Ni ha kengkawan korang tengah buat aksi....






Do you think that only monkey business is exist? Never heard about monkeywalk? This is how monkey look alike when it try to do catwalk...hmm..monkeywalk?


Balik tu singgah kat Pantai Remis, Sg. Sembilang....Anak aku & anak buah (sorang je aku bawak...kalau ramai tak panggil anak buah. Kita panggil dia anak 'buah-buahan'...) tgh leka main bubble...

Aku suka Pantai Remis ni bukan apa sebab aku suka beli kerang, kepah, lokan, tiram dan kadang2 tu kalau nasib baik jumpa la ketam dan udang. Murah dan fresh, sebab penduduk situ cari dan terus jual....ada dua jenis kerang yang namanya ntah apa-apa :
1. Kerang berbulu (ni besar gila kerangnya...tapi berbulu-bulu, warna coklat plak bulu dia...issh..)
2. Anak dara (ni favorite aku, warnanya sedikit pink...dan manis...sesuai dengan namanya...ehem!)

Lapar pi makan tepi tu...ada banyak gerai kat sini...tapi aku suka gerai ni..satu-satunya gerai jual kerang bakar...sepinggan murah je...RM3.50 kalau tak silap...fresh lagi...tengok tu...banyak kerangnya...sepinggan tak habis punya!

Monday, October 6, 2008

Hari Raya & Celak Kerangin (Kuih Dangai)

Raya tahun ni aku balik ke rumah mentuaku di Teluk Intan. Hmm...sesuatu yang tak best berlaku lagi...aku sekali lagi terlupa untuk membawa kamera digital ku...aku bertolak dari KL pada pukul 9.30 malam. Memang aku dah ingat lam kepala supaya tak lupa bawak kamera. Bukan apa, mana tau aku terjumpa sesuatu di tengah jalan, apatah lagi pernah majalah Mastika melaporkan bahawa beberapa orang yang melalui jalan Bidor-Teluk Intan pernah melihat UFO...wah best jugak kalau leh tangkap gambar...tapi hampeh...Lagi sekali aku tak dapat menangkap gambar2 yang aku inginkan...apatah lagi kemeriahan hari raya di Teluk Intan. Highway menuju ke utara ok je hari Ahad tu...tak jam seperti yang di sangka...Best...harap2 aku tak kena saman speed trap...

Isnin tu aku pegi la Baazar Ramadhan Teluk Intan...mata aku mencari sesuatu yang tradisional atau yang susah nak jumpa kat KL. Sebenarnya semuanya hampir sama je, samada lauk pauk atau kuih muih...

Tapi ada satu gerai tu agak istimewa sebab dia jual pecal. Pecal kat Teluk Intan ni bercampur dengan bihun atau suhun. Kalau di Sabah atau lebih baik aku sebut Bongawan, pecal ni best sikit, sebab selain dari ulam dan daun ubi kayu, kengkadang dicampur ngan jantung pisang...isshhh meleleh air liur....

Sampai satu lagi gerai, aku tertarik dengan sesuatu....kalau di Bongawan, ia disebut sebagai kuih Celak Kerangin dan boleh didapati pada hari Tamu di daerah yang didiami orang suku kaum Brunei seperti Papar, Bongawan, Membakut, Beaufort dsbnya. Sebenarnya kuih ni adalah kuih tradisional orang2 Brunei. Tapi kali ni aku jumpa di Teluk Intan. Ada beberapa buah gerai menjual kuih ni...nak tau camana bentuknya ni dia....



Ni gambar ni bukan aku punya gambar...aku carik kat Internet...kat http://helwamanchester.fotopages.com/?entry=1063364...Siap ada resepi tu...Kalau kat Bongawan tu, bentuknya bulat leper je...kata pembuat kuih ni, dia takde acuan, so dia potong lah ikut bentuk 3 segi. Takpe, bentuk tak penting, yang penting rasa...Kat Teluk Intan plak macam perahu je bentuknya.

Rasanya sama- manis2 masin dan of course, rasa kelapa...so, rasanya takde bezapun ngan buatan Bongawan....

Terubat jugak rindu nak makan kuih tradisional Bongawan ni...tak sangka jumpa kat Teluk Intan. Balik rumah aku tanya pak mentua aku, apa nama kuih ni...dia kata ni Kuih Dangai...

Nanti aku balik Sabah aku gambar plak Kuih Celak Kerangin....sama je...nama je beza...umpama Lauk Berampap @ Lauk Berabus (Ikan Rebus Kunyit) & apa yang orang Teluk Intan panggil - Masak Pindang...sama je...nama je lain...Ampap & Pindang...