Bosan Surfing? Download Toolbar & Dengar Radio....

Banyak radio untuk didengar dari seluruh dunia. Download toolbar ini...
toolbar powered by Conduit

Thursday, April 23, 2009

Tanganmu Tatap Bau Belacan

Just one of a poem that I wrote...

Belacan apa pun kau makan
Tanganmu tatap bau belacan
Biar belacan Binsuluk
Biar belacan Bongawan
Biar belacan Papar
Tanganmu tatap bau belacan
Inda jua wangi tu tangahnya...

Sambal apa pun kau makan
Mun becampur belacan
Tanganmu tatap jua bau belacan
Biar sambal asam limau
Biar sambal jaruk bambangan
Biar sambal belacan beguring
Tanganmu tatap bau belacan
Inda jua wangi tu tangahnya...

Mun kau mbali belacan di Melaka
Ataupun belacan Ezany dari Perlis
Yang dalam butul macam belacan Maggi pun ada di Giant
Campurkan dalam gulayan kangkung atau apa-apa pun
Guring dangan bawang basar
Tanganmu tatap bau belacan
Inda jua wangi tu tangahnya...

Jangan tah sampai kitani macam ambuk
Nya urg Semenanjung, macam kera terkena belacan
Biar tah tangan kitani bau belacan
Yang penting atu tah petunjuk
Petunjuk yang kitani Rakyat Malaysia
Sebab urg Malaysia saja yang makan belacan...
Mun inda pecaya, liat tah urg Cina
Hanya urg Cina Malaysia saja makan belacan
Miatu tah jua India, mun lakat inda pecaya
Tanganmu tatap bau belacan
Inda jua wangi tu tangahnya...

Bawa tah belacan ani ke India, China atau ke Afrika
Indada tah besidia ani makan belacan
Ganya kitani ani yang pandai mbuat dan makan belacan
Jadi tangan kitani tatap bau belacan
Jan tah supan2 mun tangan bau belacan
Sebab kitani, urg Malaysia makan belacan
Tatap jua tangan kitani bau belacan
Belacan jua menunjukkan kita urg Malaysia.....!

Tangamu tatap bau belacan
Inda tah jua wangi belacan ani
Nyamannya sampai menjilat jari!

Wednesday, April 22, 2009

Minyak Masak Ganti Minyak Hitam?

Can you believe it? I received an email regarding this from my friend. However, before I got this, I read one article somewhere telling that in Australia, there are few of them using used cooking oil (palm oil based) as their motor oil. In fact, the article said in the future, we can smell KFC or fried chicken just after a car passing by!

Best jugak kan kalau kereta lalu, asap yang dikeluarkan tidak lagi menyakitkan hidung. Tetapi berbau bawang goreng, ayam goreng atau mungkin ikan goreng...hehehehe...jangan bau belacan goreng sudah le...

Ni email yang aku terima....

PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit
boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan
menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk keretamereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata:
"Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Orang ramai juga boleh melayari laman web

http://www.nordicgroup.us/oil.htm# The300 Mile Facts untuk maklumat
yang
sama. - Bernama

***Lepas ni tak laku le minyak sintetik....



Thursday, April 2, 2009

My Visit To KK

Some of the pictures taken during my visit to Sabah 0n 19 - 20 March 2009. Not many pics taken because I am too busy with the program...but this is some beautiful pics taken during the visit :

Damainya terasa berehat di 2nd beach sambil menikmati 'Kicai Ping'....
Teringat lagu Zainal Abidin...
"Oh, anok-anok, takleh meghasa,
Mandi laut, bermain-main ghamai-gahmai...."
Hmmm...jagalah warisan persekitaran kita...

Shopping time at Philippine Market...beautiful gift, but no money, no talk lah...
See the fisherman boats on the sea...