Bosan Surfing? Download Toolbar & Dengar Radio....

Banyak radio untuk didengar dari seluruh dunia. Download toolbar ini...
toolbar powered by Conduit

Thursday, October 30, 2008

Buaya Bongawan, Membakut and Tuaran (Crocodile - Mystique & Mystery)

I do not know why I love crocodile. Yes, aku amat kagum dengan bintang reptile ni. Bagi aku buaya adalah binatang gagah yang penuh mistik dan misteri. Jika ke zoo, binatang inilah yang menjadi perhatianku....aku pula sebenarnya tak suka tengok buaya yang terkurung seperti kat taman buaya tuaran, dsbnya. So, aku tak berminat untuk menulis tentang Taman Buaya Tuaran, Sandakan, Melaka dsbnya. Aku lebih suka tentang buaya liar...I mean wild crocodile...dan aku sering berharap agar aku melihatnya menyusuri sebatang sungai suatu hari nanti...

Cerita menarik dari orang tuaku tentang buaya Bongawan, Sabah pada masa dahulu :
1. Zaman dahulu di Sungai Bongawan, untuk membolehkan penduduknya mandi di sungai, benteng dari pokok nibung dibina disekeliling tebing sehingga membentuk satu kawasan mandi yang seperti berpagar untuk mengelakkan buaya membaham penduduk kampung.

2. Dihikayatkan juga pada masa tersebut, buaya di Sungai Bongawan mempuyai kuasa mistik yang membolehkan mereka menyeru penduduk terjun ke sungai Bongawan untuk menyerahkan diri mereka untuk dibaham. Ntah, sukar untuk aku terima kenyataan ni...tetapi itu yang diceritakan.

3. Pernah seorang lelaki diserang buaya. Setelah 3 hari pawang buaya berusaha, akhirnya lelaki ini tiba-tiba dihumbankan oleh buaya tersebut dari air ke darat. Anehnya lelaki ini masih hidup walaupun sudah 3 hari berada di dalam air. Lelaki ini mengakui dia memiliki ilmu boleh bernafas dalam air..(wah...ni boleh masuk pertandingan menyelam ni...). Buaya tersebut menendang lelaki itu ke darat kerana lelaki tersebut mencucuk mata buaya tersebut semasa dalam air. Lelaki itu juga memberitahu buaya tersebut menindihnya didalam air seperti ingin memeram bangkai. Peristiwa ini berlaku pada tahun 50 an dulu dan lelaki tersebut telah lama meninggal dunia.

Beberapa cerita lain tentang buaya :

1. Aku pernah melihat buaya liar di Sungai Papar ketika aku baru berumur 10 tahun. Buaya tersebut hanya timbul dan menyusuri Sungai Papar (kawasan kilang mancis) untuk beberapa minit. Aku masa tu bersama dengan beberapa orang rakan.

2. Pakcik ku pernah terkejut beruk sebab yang disangkakan batang kayu atas jalan rupanya adalah seekor buaya. Kejadian ni berlaku suatu masa dulu di Andus Papar, berhampiran jambatan yang merentasi Sg. Benoni. Masa tu awal pagi, dalam pukul 3.00 pagi. Beliau yang menunggang motosikal masa tu sempat mengelk dari terlanggar.

3. Buaya sesekali dilihat muncul disekitar muara sungai Bongawan.

Minat mendalam aku pada buaya sebenarnya membuatkan aku selalu mencari artikel atau melihat video tentang binatang ni terutama kat National Geographic dan Animal Planet. Mungkin aku kagum dengan binatang ni kerana kehidupannya penuh mistik dan misteri. Bujang Senang di Sarawak umpamanya, biarpun kini sudah tewas, tetapi lagendanya tetap hidup. Apatah lagi ia diselubungi misteri kerana saiznya yang luar biasa dan hanya menyerang suku kaum tertentu sahaja.

So, aku selalu cuba mencari video tentang buaya liar (aku tak suka buaya terkurung!) so aku juma dua video ni...buaya liar yang tak sengaja dirakam di Sungai Tuaran dan Sungai Pimping membakut.

Buaya Liar Sg. Tuaran


Buaya Liar Di Sg. Pimping, Membakut. Aku ambik part 2 dan part 3 sebab part 1 tu sama ngan part 2...


Part 3

Wednesday, October 29, 2008

Think Something Different...

Hmmm...still bz with my forex trading...sampai aku tak terfikir nak tulis apa dalam blog ni...

By the way, aku suka tengok dan baca blog mana-mana Sabahan. Yes, and I know about Sabahan Bloggers Gathering, cuma aku takde masa nak join, lagipun aku jauh kat KL ni...apatah lagi Sabahan Bloggers semua bukan kenal aku pun...(next silent millionaire...hahahaha...)...

Bila baca blog Sabahan semua, one think yang aku terfikir - semua berita sama je...its about food...keluar makan dengan kawan-kawan, ambik gambar dan tulis lam blog. Unduk Ngadau - one of favourite Sabahan bloggers, hampir semua tulis pasal ni. Bila hari raya je, semua tulis pasal pegi beraya kat rumah kengkawan...hmm..bukan nak condemn....it is good actually. But, bila hampir semua Sabahan bloggers tulis benda yang sama, bosan pula kan...kata orang Brunei Bongawan, "baus udah ku mbaca, balik2 ia jua ceritanya"...but, itu kebebasan kita bloggers ni dalam menulis sesuatu...hak mereka, hak masing-masing...

So, thinking about something....I am looking at the Bongawan bloggers...none...I am the one from Bongawan, I guess...but found one article, for me nice article about pre-war shophouses written by Tham Yau Kong, if I am not mistaken....

Yes, thinking....macam Pooh selalu kata sambil mengetuk kepalanya dengan tangan "Think, think, think...."

I miss Sabah, especially my hometown (town? hahahaha...pekan pun tak layak...maybe kampung...)...yes...the last I balik kampung hari tu on June 2008.

Ok, back to the topic....well, still thinking something different to write in this blog...hopefully different than others. But still I have no time to find my old picture...yes old picture which almost all were taken in Sabah!

Friday, October 24, 2008

Mother Tongue - Brunei Bongawan Language (Part 1)

Kadang di KL ni aku rindu untuk berbahasa Brunei, bahasa ibunda ku di Sabah. Aanak2 ku memanggil aku 'Bape' (Bapa) dan ia trademark keluargaku kerana sebutan 'bape' adalah dalam dialek Brunei Bongawan. Aku sendiri takut kalau2 aku terlupa perkataan penting yang kini banyak ditelan zaman.

Betul, masyarakat atau suku kaum Brunei di Sabah memang menggunakan bahasa Brunei sepenuhnya dalam pertuturan seharian. Malah kalu kita lihat, bahasa Sabah sendiri banyak dipengaruhi oleh bahasa Brunei.

Bahasa Brunei di Sabah juga terbahagi kepada beberapa dialek berdasarkan keturunan dan juga geografi. Contohnya Kedayan menggunakan bahasa yang ada sesetengahnya sukar difahami. Manakala Brunei Papar terutamanya di sebelah Benoni dan Kg. Laut menggunakan bahasa yang bermelodi atau beralun. Ada juga beberapa perkataan yang berbeza antara lokasi seperti Brunei Kuala Penyu dan Bongawan, termasuklah Labuan. Contohnya, terkejut dalam Bahasa Brunei Bongawan disebut 'beliang hatiku', manakala di Kuala Penyu disebut 'kebeliangan'. Apa pun, ianya satu rumpun...rumpun Melayu berbangsa Brunei...mari kita lihat perkataan ni dan maksdunya dalam bahasa Melayu :

ketaguran - kena sampuk
lampoh - gemuk
tamaha - tamak
karing leher - haus, dahaga
beria - berak, buang air besar
kamih - kencing, buang air kecil
baus - bosan
limpang-limpang - baring
geragitan - geram
tuis liur - keadaan teringin sangat, terutama pada makanan, kecur
kambang liur - loya
kabat - tutup (digunakan untuk pintu & tingkap)
pelacahan - longkang
lacah - becah (lecah dalam bahasa Perak)
piasau - kelapa
pemarang - parang
ubi manis - keledek
aing - air
bisai - cantik, lawa
terajun - terjun
keraja - kerja
kalur - bodoh alang, dungu
terais - menjerit
ingar - bising
kudut - pinggan
cuwek - pinggan kecik (biasanya untuk cawan)
ampai - letak
betian - bunting, mengandung

Oklah...cukup setakat ni dulu....cuma sebutan Brunei Bongawan agak 'special', sebab tu orang Brunei lain mengatakan bahasa Brunei Bongawan adalah bahasa orang KL. Mengapa?

Sebab pronounce yang menggunakan 'e' dibelakang setiap perkataan yang berakhir dengan huruf 'a', contohnya kereta akan disebut kerete, apa disebut ape, mana disebut mane...

Sebab tu jugalah semua anak-anak ku memanggil aku 'Bape'....hehehehehe!

Tuesday, October 21, 2008

Money from Internet - My Proof

Well, after one week 'off trading' sebab cuti raya, start je minggu seterusnya aku pulun trading cukup2. That is why I do not update this blog for so long....(so long ke ni?). Mungkin ramai yang tanya, ngapa la aku tak tumpukan pada Adsense macam blogger lain...

Adsense ni bagi aku setakat cari duit ala kadar je...sebab tu blog ni aku buat dalam Bahasa Melayu..., aku tak kisah sangat...sebulan pun aku cuma dapat dalam USD100-USD120 je melalui Adsense ni...

So, rahsia tu kini terjawab....'cause I have another internet business and my focus on forex trading'...ala, macam main saham...ada untung ada rugi...kalau silap bacaan rugi lah...kalau betul kiraan dan bacaan untunglah...

Maklumlah, lepas raya...duit dah kering, aku ada sedikit saham kat BSKL, so aku jual sikit saham aku...3 lot je...dapat le RM5k lebih...

Selain tu aku withdraw hasil dari forex dan internet business aku...ni sedikit dari hasil forex dan internet business aku...alhamdulillah....


Yang dalam kotak biru pertama tu hasil yang masuk terus ke dalam akaun aku...yang kotak biru ke dua tu hasil forex melalui akaun yang aku kongsi ngan seorang kawan...bahagi dua la tu...

Kotak merah yang RM95 tu hasil internet business (ada banyak RM95 masuk kat bawah2 tu)...dan yang RM312.02 tu adalah duit Adsense...

Kat bawah2 tu banyak lagi...tapi tak payah lah aku tunjuk kat korang semua....sebab aku ni low profile sikit...hahahaha....

Bulan Oct ni aku tak sabar nak withdraw lagi...sebab nampaknya duit internet melalui forex bulan ni lagi banyak....hehehehe....

Monday, October 6, 2008

Hari Raya & Celak Kerangin (Kuih Dangai)

Raya tahun ni aku balik ke rumah mentuaku di Teluk Intan. Hmm...sesuatu yang tak best berlaku lagi...aku sekali lagi terlupa untuk membawa kamera digital ku...aku bertolak dari KL pada pukul 9.30 malam. Memang aku dah ingat lam kepala supaya tak lupa bawak kamera. Bukan apa, mana tau aku terjumpa sesuatu di tengah jalan, apatah lagi pernah majalah Mastika melaporkan bahawa beberapa orang yang melalui jalan Bidor-Teluk Intan pernah melihat UFO...wah best jugak kalau leh tangkap gambar...tapi hampeh...Lagi sekali aku tak dapat menangkap gambar2 yang aku inginkan...apatah lagi kemeriahan hari raya di Teluk Intan. Highway menuju ke utara ok je hari Ahad tu...tak jam seperti yang di sangka...Best...harap2 aku tak kena saman speed trap...

Isnin tu aku pegi la Baazar Ramadhan Teluk Intan...mata aku mencari sesuatu yang tradisional atau yang susah nak jumpa kat KL. Sebenarnya semuanya hampir sama je, samada lauk pauk atau kuih muih...

Tapi ada satu gerai tu agak istimewa sebab dia jual pecal. Pecal kat Teluk Intan ni bercampur dengan bihun atau suhun. Kalau di Sabah atau lebih baik aku sebut Bongawan, pecal ni best sikit, sebab selain dari ulam dan daun ubi kayu, kengkadang dicampur ngan jantung pisang...isshhh meleleh air liur....

Sampai satu lagi gerai, aku tertarik dengan sesuatu....kalau di Bongawan, ia disebut sebagai kuih Celak Kerangin dan boleh didapati pada hari Tamu di daerah yang didiami orang suku kaum Brunei seperti Papar, Bongawan, Membakut, Beaufort dsbnya. Sebenarnya kuih ni adalah kuih tradisional orang2 Brunei. Tapi kali ni aku jumpa di Teluk Intan. Ada beberapa buah gerai menjual kuih ni...nak tau camana bentuknya ni dia....



Ni gambar ni bukan aku punya gambar...aku carik kat Internet...kat http://helwamanchester.fotopages.com/?entry=1063364...Siap ada resepi tu...Kalau kat Bongawan tu, bentuknya bulat leper je...kata pembuat kuih ni, dia takde acuan, so dia potong lah ikut bentuk 3 segi. Takpe, bentuk tak penting, yang penting rasa...Kat Teluk Intan plak macam perahu je bentuknya.

Rasanya sama- manis2 masin dan of course, rasa kelapa...so, rasanya takde bezapun ngan buatan Bongawan....

Terubat jugak rindu nak makan kuih tradisional Bongawan ni...tak sangka jumpa kat Teluk Intan. Balik rumah aku tanya pak mentua aku, apa nama kuih ni...dia kata ni Kuih Dangai...

Nanti aku balik Sabah aku gambar plak Kuih Celak Kerangin....sama je...nama je beza...umpama Lauk Berampap @ Lauk Berabus (Ikan Rebus Kunyit) & apa yang orang Teluk Intan panggil - Masak Pindang...sama je...nama je lain...Ampap & Pindang...