Let me talk about my Ayam Kampung projek....nampaknya anak-anak ayam kampung dah berumur 3 minggu...seminggu lagi mencecah 1 bulan, bermakna anak-anak ayam ini harus dikeluarkan dari brooder ke reban. By the way, setelah mengasingkan anak-anak ayam kecil ke brooder ke 2, proses ini aku anggap berjaya kerana 80% dari anak-anak ayam kampung yang kecil ini menjadi besar, sebesar anak ayam brooder pertama.
Kenapa ada antara anak ayam kampung ni kecil atau lambat tumbesarannya? Semuanya ada dalam berita di Ladangmas.com. Baca kat situ kalau tak tau...
Ni reban yang kami buat sebagai persediaan untuk memindahkan anak-anak ayam kampung ni setelah berumur 1 bulan kelak...tak siap lagi pun...ambik masa 2 hari...cadangnya nak buat 14 kaki x 21 kaki...tapi tak siap...bumbung tak buat lagi...hehehehe....
Juruteranya aku sendiri...ni tengah buat rangka dinding tepi...zink diletakkan atas rumput untuk melihat besar reban yang akan di bina...reban ni atas tanah, untuk mengurangkan maintenance dari segi mencuci lantai dan memudahkan pengasingan tinja (najis) ayam untuk di buat baja.
Rangka dah siap....tu pun baru 7 kaki...ada 14 kaki lagi nak buat...
Tu dia....dah berdiri dinding bawah dan juga jaring...tak siap lagi tu...bumbung tak buat lagi tu...letak zink atas tu just nak dapatkan feel...
No comments:
Post a Comment