Bosan Surfing? Download Toolbar & Dengar Radio....

Banyak radio untuk didengar dari seluruh dunia. Download toolbar ini...
toolbar powered by Conduit

Sunday, September 21, 2008

Lahirnya Blog LensaDigital

Akhirnya blog ini aku buat untuk menuliskan segala pengalaman dan perjalananku serta gambar2 menarik dari pengalaman dan juga pelbagai perkara yang ada di muka bumi ini. Sudah lama aku ingin menulis sesuatu yang berkaitan dengan gambar2 yang pernah aku ambil menggunakan kamera digital aku di serata Malaysia ini....biarpun terlalu sibuk dengan aktiviti seharian, namun setiap kali aku mengambil gambar2 yang aku rasa ingin ambil, tercurah seribu rahsia dan juga cerita dalam gambar2 tersebut....sayangnya cerita tersebut hanya ada dalam kepala otak aku ni....mengapa tidak kita share, bukan begitu?

Tentang aku sebenarnya tak perlulah korang, pembaca budiman mengetahuinya secara detail. Cuma aku berasal dari Bongawan, Sabah. Aku faham sekiranya korang tidak mengetahui di mana letaknya Bongawan, sebab ianya bukanlah tempat yang sering mendapat perhatian dari lensa media. Kalau ada pun ianya hanya kisah2 yang tak sedap didengar, itupun terlalu jarang! Di mana Bongawan ni? Ada juga orang Sabah yang tak tahu. Takpe. Bongawan sebenarnya terletak antara Papar dan Beaufort....huh! Baru nak tahu kan? Takpe...now dah tahu. Bongawan hanyalah pekan kecil, yang majoritinya dihuni oleh suku kaum Brunei dan selebihnya adalah Kadazan Dusun dan juga sebilangan kecil oleh bangsa Cina. Kalau masih tak pasti kat mana Bongawan ni...tengok je kat map ni...


View Larger Map

Mungkin semua tertanya2 mengapa ada tulisan "From Bongawan 2 Teluk Intan"? Hmmm....kerana aku berasal dari Bongawan, isteriku orang Teluk Intan, Perak dan anak-anak ku pula dah jadi orang Selangor....hmmm...Integrasi Nasional! Kiranya penerangan tajuk di atas bunyinya macam filem "From (Parit) To Manchester". Aku tandakan dalam kurungan tu Parit, sebab aku tak pasti sebenarnya tajuk filem tu....hehehehe....

Apa-apa pun, kat Sabah, ramai gak tak tau kat mana Teluk Intan ni kan? Dulu di panggil Teluk Anson...pas tu di tukar kepada Teluk Intan...nak kata ada intan kat sini, takdela, kalau ada, aku pun dah kaya...takyah keje, cari intan je...kelapa sawit tu banyak le...Kalau nak tahu kat mana Teluk Intan ni...tu ha...kat Perak je...ni map dia...


View Larger Map

Hari ni aku menulis, mungkin esok atau lusa aku akan serta beberapa gambar untuk semua....

P/S : Sebenarnya aku tengah surf sambil tunggu masa bersahur....selamat bersahur & berpuasa..

No comments: