Bosan Surfing? Download Toolbar & Dengar Radio....

Banyak radio untuk didengar dari seluruh dunia. Download toolbar ini...
toolbar powered by Conduit

Thursday, October 30, 2008

Buaya Bongawan, Membakut and Tuaran (Crocodile - Mystique & Mystery)

I do not know why I love crocodile. Yes, aku amat kagum dengan bintang reptile ni. Bagi aku buaya adalah binatang gagah yang penuh mistik dan misteri. Jika ke zoo, binatang inilah yang menjadi perhatianku....aku pula sebenarnya tak suka tengok buaya yang terkurung seperti kat taman buaya tuaran, dsbnya. So, aku tak berminat untuk menulis tentang Taman Buaya Tuaran, Sandakan, Melaka dsbnya. Aku lebih suka tentang buaya liar...I mean wild crocodile...dan aku sering berharap agar aku melihatnya menyusuri sebatang sungai suatu hari nanti...

Cerita menarik dari orang tuaku tentang buaya Bongawan, Sabah pada masa dahulu :
1. Zaman dahulu di Sungai Bongawan, untuk membolehkan penduduknya mandi di sungai, benteng dari pokok nibung dibina disekeliling tebing sehingga membentuk satu kawasan mandi yang seperti berpagar untuk mengelakkan buaya membaham penduduk kampung.

2. Dihikayatkan juga pada masa tersebut, buaya di Sungai Bongawan mempuyai kuasa mistik yang membolehkan mereka menyeru penduduk terjun ke sungai Bongawan untuk menyerahkan diri mereka untuk dibaham. Ntah, sukar untuk aku terima kenyataan ni...tetapi itu yang diceritakan.

3. Pernah seorang lelaki diserang buaya. Setelah 3 hari pawang buaya berusaha, akhirnya lelaki ini tiba-tiba dihumbankan oleh buaya tersebut dari air ke darat. Anehnya lelaki ini masih hidup walaupun sudah 3 hari berada di dalam air. Lelaki ini mengakui dia memiliki ilmu boleh bernafas dalam air..(wah...ni boleh masuk pertandingan menyelam ni...). Buaya tersebut menendang lelaki itu ke darat kerana lelaki tersebut mencucuk mata buaya tersebut semasa dalam air. Lelaki itu juga memberitahu buaya tersebut menindihnya didalam air seperti ingin memeram bangkai. Peristiwa ini berlaku pada tahun 50 an dulu dan lelaki tersebut telah lama meninggal dunia.

Beberapa cerita lain tentang buaya :

1. Aku pernah melihat buaya liar di Sungai Papar ketika aku baru berumur 10 tahun. Buaya tersebut hanya timbul dan menyusuri Sungai Papar (kawasan kilang mancis) untuk beberapa minit. Aku masa tu bersama dengan beberapa orang rakan.

2. Pakcik ku pernah terkejut beruk sebab yang disangkakan batang kayu atas jalan rupanya adalah seekor buaya. Kejadian ni berlaku suatu masa dulu di Andus Papar, berhampiran jambatan yang merentasi Sg. Benoni. Masa tu awal pagi, dalam pukul 3.00 pagi. Beliau yang menunggang motosikal masa tu sempat mengelk dari terlanggar.

3. Buaya sesekali dilihat muncul disekitar muara sungai Bongawan.

Minat mendalam aku pada buaya sebenarnya membuatkan aku selalu mencari artikel atau melihat video tentang binatang ni terutama kat National Geographic dan Animal Planet. Mungkin aku kagum dengan binatang ni kerana kehidupannya penuh mistik dan misteri. Bujang Senang di Sarawak umpamanya, biarpun kini sudah tewas, tetapi lagendanya tetap hidup. Apatah lagi ia diselubungi misteri kerana saiznya yang luar biasa dan hanya menyerang suku kaum tertentu sahaja.

So, aku selalu cuba mencari video tentang buaya liar (aku tak suka buaya terkurung!) so aku juma dua video ni...buaya liar yang tak sengaja dirakam di Sungai Tuaran dan Sungai Pimping membakut.

Buaya Liar Sg. Tuaran


Buaya Liar Di Sg. Pimping, Membakut. Aku ambik part 2 dan part 3 sebab part 1 tu sama ngan part 2...


Part 3

No comments: