Bosan Surfing? Download Toolbar & Dengar Radio....

Banyak radio untuk didengar dari seluruh dunia. Download toolbar ini...
toolbar powered by Conduit

Monday, October 6, 2008

Hari Raya & Celak Kerangin (Kuih Dangai)

Raya tahun ni aku balik ke rumah mentuaku di Teluk Intan. Hmm...sesuatu yang tak best berlaku lagi...aku sekali lagi terlupa untuk membawa kamera digital ku...aku bertolak dari KL pada pukul 9.30 malam. Memang aku dah ingat lam kepala supaya tak lupa bawak kamera. Bukan apa, mana tau aku terjumpa sesuatu di tengah jalan, apatah lagi pernah majalah Mastika melaporkan bahawa beberapa orang yang melalui jalan Bidor-Teluk Intan pernah melihat UFO...wah best jugak kalau leh tangkap gambar...tapi hampeh...Lagi sekali aku tak dapat menangkap gambar2 yang aku inginkan...apatah lagi kemeriahan hari raya di Teluk Intan. Highway menuju ke utara ok je hari Ahad tu...tak jam seperti yang di sangka...Best...harap2 aku tak kena saman speed trap...

Isnin tu aku pegi la Baazar Ramadhan Teluk Intan...mata aku mencari sesuatu yang tradisional atau yang susah nak jumpa kat KL. Sebenarnya semuanya hampir sama je, samada lauk pauk atau kuih muih...

Tapi ada satu gerai tu agak istimewa sebab dia jual pecal. Pecal kat Teluk Intan ni bercampur dengan bihun atau suhun. Kalau di Sabah atau lebih baik aku sebut Bongawan, pecal ni best sikit, sebab selain dari ulam dan daun ubi kayu, kengkadang dicampur ngan jantung pisang...isshhh meleleh air liur....

Sampai satu lagi gerai, aku tertarik dengan sesuatu....kalau di Bongawan, ia disebut sebagai kuih Celak Kerangin dan boleh didapati pada hari Tamu di daerah yang didiami orang suku kaum Brunei seperti Papar, Bongawan, Membakut, Beaufort dsbnya. Sebenarnya kuih ni adalah kuih tradisional orang2 Brunei. Tapi kali ni aku jumpa di Teluk Intan. Ada beberapa buah gerai menjual kuih ni...nak tau camana bentuknya ni dia....



Ni gambar ni bukan aku punya gambar...aku carik kat Internet...kat http://helwamanchester.fotopages.com/?entry=1063364...Siap ada resepi tu...Kalau kat Bongawan tu, bentuknya bulat leper je...kata pembuat kuih ni, dia takde acuan, so dia potong lah ikut bentuk 3 segi. Takpe, bentuk tak penting, yang penting rasa...Kat Teluk Intan plak macam perahu je bentuknya.

Rasanya sama- manis2 masin dan of course, rasa kelapa...so, rasanya takde bezapun ngan buatan Bongawan....

Terubat jugak rindu nak makan kuih tradisional Bongawan ni...tak sangka jumpa kat Teluk Intan. Balik rumah aku tanya pak mentua aku, apa nama kuih ni...dia kata ni Kuih Dangai...

Nanti aku balik Sabah aku gambar plak Kuih Celak Kerangin....sama je...nama je beza...umpama Lauk Berampap @ Lauk Berabus (Ikan Rebus Kunyit) & apa yang orang Teluk Intan panggil - Masak Pindang...sama je...nama je lain...Ampap & Pindang...

No comments: