Beberapa minggu lepas aku menerima laptop baru yang aku order. Murah saja, RM2684 ajer. Well, oleh kerana aku sudah lama guna IBM, so aku prefer IBM. Mungkin sebab pengalaman aku yang sudah banyak menggunakan pelbagai brand dari Dell, HP, Compac, etc. So, IBM ni paling lama bertahan, sudah 5 tahun, masih tidak rosak ataupun memberikan masalah.
Laptop lama aku IBM R52 Thinkpad masih dalam perkhidmatan. Masih beroperasi dengan cemerlang, gemilang dan terbilang...hehehehe....so, rasanya aku perlukan sebiji lagi laptop, so aku masih memikirkan IBM yang now dah jadi Lenovo. So, aku masih berminat dengan model Thinkpad. Beli la satu Lenovo terbaru dalam pasaran, Lenovo SL400 Thinkpad.
Dari segi perbezaan lainnya, tak banyak. Laptop lama tanpa bluetooth, tetapi built in light untuk buat kerja dalam gelap (woopss....bukan kerja yang tu lah....hehehe). Manakala yang baru ni ada lampu digantikan dengan built in camera. Nak lampu, pi beli sendiri kat kedai...hehehe....
Dari segi keselesaan keyboard, yang baru ni lebih lembut dan selesa....tetapi mousenya agak kasar sedikit berbanding yang lama. Apa-apa pun, aku memang suka IBM ni...tahan lama beb...
No comments:
Post a Comment