Bosan Surfing? Download Toolbar & Dengar Radio....

Banyak radio untuk didengar dari seluruh dunia. Download toolbar ini...
toolbar powered by Conduit

Thursday, May 14, 2009

Projek Ayam Kampung

Ntah...semakin hari aku semakin risau...bukan sebab tapak. Yang tu dah selesai. Sabtu ni aku akan pegi Teluk Intan ngan partner aku untuk tengok tapak dan buat planning. Yes, kena plan betul2 sebab kedudukan reban juga memainkan peranan penting...sebaiknya mengadap matahari terbit. Macam2 sebenarnya perkara yang timbul dalam fikiran aku...kos, supply, penjagaan dan permintaan...boleh ke tak? Hmm...aku yakin aku boleh, tapi masih ada ragu2. Ish...aku dah kira semua kos dan keuntungan sekiranya semua anak ayam hidup. Memang projek ni tak akan untung terus, ambik masa juga, but sekiranya target tercapai, ianya akan memberikan keuntungan lumayan. Harga pula berlainan dari satu negeri ke negeri lain. Tetapi pukul rata sekilo RM8 - RM9 harga hidup dari ladang. Kalau dah proses boleh naik ke RM10-RM16 sekilo! Dulu aku jual kat peraih RM7/kg jantan dan RM8/kg betina.

Sibuknya aku...trading forex berjalan seperti biasa. Semalam pukul 12 tgh malam baru tido...tu pun setelah matawang GBPJPY yang aku analisis pagi semalam betul2 jatuh seperti analisis...dapatla few hundred dollar! Hmmm...Sabtu aku kena bertolak ke Teluk Intan pagi2. Balik rumah petangnya. Esoknya pula (Ahad ni, 17hb May) aku akan bertolak ke Kota Kinabalu pula...mungkin aku akan lawat ladang ayam kampung abg aku sambil bertemu beberapa orang client dalam forex aku. Tiga hari aku kat sana. Nampaknya semakin hari aku akan semakin sibuk...

Sambil tu semalam aku cuba2 cari harga seekor anak ayam kampung. Wah, bulan lepas harga RM2.00 untuk yg baru seminggu. Bulan ni dah naik lagi ke RM2.50 seekor. Tapi aku belum puas hati sebab, kebanyakannya aku tengok dari gambar tu bukannya anak ayam kampung ori. Biarpun diorang kata ori, tapi aku ragu2 sebab aku kenal jenis2 ayam kampung ni. Yang ditunjukkan tu sebenarnya jenis Nunukan atau kat kampung aku panggil ayam cina. Last2 tu aku terjumpa satu blog bro dari Kelantan....yes...yang ni baru betul2 ori...setelah beberapa hari mencari akhirnya aku jumpa baka ori dan asli...ayam kampung jenis Melayu...nampak gambar dalam blog tu...sah, bro punya ayam ni semuanya ayam kampung Melayu asli...bentuk badan, balung, pial dengan kaki kurus tinggi....bulu hitam dan kehijauan bila kena cahaya matahari. Yes...ni yang aku cari selama ni...kat Semenanjung ni bukan main susah cari baka ni...kat kampung aku di Bongawan tu berlambak pula...aku juga rumuskan bahawa kebanyakan penternak kat Semenanjung ni masih tak tau jenis2 ayam kampung...

Kalau ayam kampung jenis Melayu aku dah jumpa kat Kelantan, now misi aku mencari ayam kampung jenis Sentul pula...ntah mana nak cari jenis ni kat Semenanjung ni...kat Bongawan tu senang nak cari...mungkin ada sesiapa bela....nak tau jenis Sentul ni, ia warna kelabu, baik jantan atau betina. Yang betina ada bulu kemerahan atau coklat sedikit di dada manakala yang jantan berbulu merah dan coklat sedikit di leher dan punggungnya....hampir keseluruhan ayam ni warna kelabu...ni ayam kampung yang betul2 ori...jenis Sentul..mana nak cari? Terfikir nak bawak beberapa biji telur dari Bongawan ke sini untuk ditetaskan...boleh ke? Dulu aku bawak telur itik masin 2 kotak untuk kenduri rumah baru aku, ok je, takde masalah pun...bukan apa telur masin dari Bongawan sedap, kurang masin dan lemak sikit....hmmm good idea juga ni...bawak masuk telur dan tetaskan....

By the way, bolehkah aku buat benda ni semua? Semalam aku tertarik ngan kegigihan seorang awek Pahang ni...Cik Pah namanya, graduan UIA yang kini jadi penternak Ketam Nipah yang berjaya....hebat...seorang perempuan, masih bujang dan cun lagi tu tapi begitu gigih buat projek sebegini yang biasanya lelaki je yang buat...salute...
nak tengok, visit blog dia kat http://ketamnipahku.blogspot.com/2008/08/nipah-enterprisealam-semulajadi-sumber_09.html

Cuba tengok blog Kambing dia....ada link lam blog ketam dia tu...hebat, bukan sahaja ketam, malah kambing dan kebun2 herba dia...semangat macam ni yang patut ada pada graduan yang masih menganggur tu, terutama yang lelaki...Hebat betul minah ni...respect!

No comments: