Bosan Surfing? Download Toolbar & Dengar Radio....

Banyak radio untuk didengar dari seluruh dunia. Download toolbar ini...
toolbar powered by Conduit

Thursday, May 7, 2009

Tension!!!

Tension...yes!! memang aku tension hari ni...rasa bosan dan bengang meluap2...dan sedikit rasa kecewa...

Actually aku baru call parents aku kat Sabah...bukan marahkan parents, hanya nak lepas rindu dan juga nak bagitau yang aku akan balik kampung lagi, mungkin pada 18hb May ni...and nampaknya aku semakin sibuk dengan travel dan juga trading forex aku...hmmm...

Cuma selain dari melepas rindu dan nak bagitau pasal aku nak balik kejap, aku sebenarnya nak tanya tanya pasal ayam kampung...yes, aku teringat yang bapa aku ada bela ayam kampung. Know why? Aku sebenarnya berbincang dengan partner dalam trading forex aku...setiap bulan kami berjaya mendapat keuntungan, biarpun tidak begitu banyak, but, rasanya it is a good money!!! Getting extra RM3k - RM9k sebulan is too sweet for us! Then, aku kata pada partner aku, why not we allocate some of the money to built another business? I am interested to breed Ayam Kampung or Free Range Chicken (Village Chicken - sound so funny right?). Since I have few years experience which during my school, aku memiliki lebih 300 ayam kampung yang aku jual pada peraih dengan separuh harga....tu lah belanja persekolahan aku yang mana parents aku tak perlu ambil tahu pasal belanja aku...macam abang aku pernah kata, "antara kita adik-beradik, ko lah paling senang...mama & bapa tak pernah nak fikirkan belanja ko..."

Hmmm...so, thinking that, why not aku buat ladang ternakan ayam kampung? Skill dan pengetahuan hasil pengalaman lalu masih segar dalam kepala otak aku ni...extra money dah ada setiap bulan. Pakai tak pakai duit tu, tetap habis juga aku belanjakan dan bayar hutang...maybe forex is one of the good business to do, but, forex menyebabkan aku tak keluar rumah...buat analisis dan analisis dan analisis! Kalau aku ada satu projek, macam ayam kampung ni, boleh lah aku keluar dengan family melawat ladang dsbnya. So, aku mula melayari beberapa blog dan aku teruja dengan ayam kampung diorang ni...sebab aku masih tak dapat lupakan betapa comel dan jinaknya anak2 ayam kampung ni dengan telatah mereka...

Hati aku kuat untuk melaksanakannya kerana bayak rahsia dan selok belok yang aku tau pasal penternakan ayam kampung ni...ngapa ayam kampung, bukan bisnes lain cam kambing, lembu atau lintah dan keli yang tengah hangat sekarang ni? Sebabnya aku cuma tahu pasal ayam kampung...penyakit dan cara mengubatinya...malah jenis2 ayam kampung masih segar dalam ingatanku, terutama ayam kampung jenis Melayu, Merewas, Sentul, Pelung atau Cina (Nunukan). Bukan aku taknak explore yang lain tapi aku terfikir, ilmu ternak ayam kampung ini, jika tidak digunakan ia begitu sayang pula...

Maka aku cuba mencari tapak...maksud aku tanah...tu tujuan aku call parents aku...sambil bertanya jika mereka masih menyimpan baka ayam kampung jenis Melayu dan Sentul...hmmm..bapa aku kata, abang sulung aku dah mulakan projek ayam kampungnya...so semua induk di ambil...abangku dah ada dekat 100 ekor induk untuk baka...

Takpelah...aku boleh dapatkan baka idaman ku kemudian....target ku baka Melayu dan Sentul, kalau tak pun mungkin jenis Merewas atau Ayunai yang mudah didapati di kampung. Aku tanya lagi kalau2 bapa aku ada tanah untuk projek ni...tanah memang ada tetapi semuanya berdekatan rumah orang..hmmm..ada juga tanah jauh dari rumah, tetapi sering mengalami banjir...huh...tak sesuai pula...aku pun sms kakakku tentang tanahnya yang lebih seekar. Pun katanya dekat rumah...ntah...aku mula rasa tension...ada tanah lain tetapi dah dimiliki oleh abang2 dan kakak2ku...

Tanah aku? Hmm....termenung seketika...nampaknya semua kakak dan abangku dah diberikan tanah...cuma dalam adik beradik aku, aku sorang je yang takde tanah kat sana, ya, cuma aku sorang tak diberikan tanah...aku mula sentimental...maybe my parents kata aku jauh di Semenanjung, so tak perlukan tanah...ish...aku buangkan perasaan ini jauh2, mungkin mereka ada perancangan lain, pujuk hatiku...biarlah...aku rasa aku perlu berusaha sendiri...seperti mana aku beli rumah aku di Selangor ni, hasil aku bertungkus lumus beberapa tahun berkerja...tak perlulah aku mengharapkan tanah dari parents aku...

But, persoalannya di manakah projek ayam kampung aku ni nak start? Antara dua, samada di Sabah, mengharapkan tanah seorang rakan baik di sana yang bakal menjadi rakan kongsi aku atau aku terpaksa bertanyakan tanah pak mentua aku di Teluk Intan....

So, aku jadi tension kerana aku masih belum menemui tanah yang sesuai untuk projek ladang ayam kampung aku nih!

Hmmm....TENSION!!!!!

2 comments:

::Ku^cai Online:: said...

Seronoknya dgr cerita abg ni, saya rasa abg nie lah idola saya, saya suka dengan orang yang abg yang bak kata orang, buang ke mana pun akan hidup,sbb kadang2 ada org yg dah lama duk keja opis, tak nak tgk org keja kat kg,satu lg yg saya notice abg ni memang sorang yang gigih la,

SALUTE ! :)

Pipsrider said...

Terimakasih Kucai...InsyaAllah, akhirnya aku dapat jugak tanah untuk start ngan projek ayam kampung ni...rezeki ni sebenarnya ada di mana-mana kalau mahu berusaha...tengoklah orang Indonesia yang kaya raya di bumi bertuah Malaysia ni...hanya kita tak nampak di mana mahu bermula...harap Kucai juga memiliki semangat yang untuk terus maju...InsyaAllah..