Aku terlalu asyik bersembang dengan abang aku kat rumah kecil yang di bina di tengah2 tanah tu sambil memerhati ayam kampungnya berlari2 dan menguis2 tanah. Aku perhati ada beberapa jenis ayam kampung abang aku ni...nak tau jenis2 ni? Ni aku bagitau :
1. Jenis Melayu - sebenarnya dari baka sabung. Balung pendek dan bulat. Pial juga pendek, malah kadang macam takde pial pun...
2. Jenis Cina (Nunukan) - bentuk macam ayam daging, cuma kecik. Balung dan pial besar dan panjang...ishhh...lucah nih...
3. Jenis Ayunai - tembolok dan dada takde bulu....nampak macam 'anu' lelaki je...hehehehe...
4. Serama - kecil dan tegak
5. Katik - besar sedikit dari serama dan badan tidak begitu tegak.
6. Bantam emas - bulu perang keemasan dengan hujung bulu berwarna hitam. Sekali pandang macam sisik ikan...cantik!
So, kebanyakkan ayam kampung abang aku ni jenis Melayu. Ada seekor induk jenis Cina. Manakala beberapa ekor jenis Ayunai beberapa ekor serama dan 2 ekor katik dan yang menarik perhatian aku....4 ekor ayam Bantam Emas! Induk Melayu juga hitam berkilat berat lebih kurang 3 kg seekor. Aku kata nak booking telur induk Melayu dan Bantam Emas...abang aku kata dia dapat Bantam Emas dari bapak aku kat Bongawan...dia beli RM100 sebanyak 9 ekor dari bapak aku dan dalam tu ada 4 ekor Bantam Emas...murah giler dia bagi bapak aku! Dia kata dia sayang Bantam Emas tu...
Sayang sekali sayang...kerana leka bersembang sehingga petang, terlupa pula aku amik gambar...aku pula bergegas nak balik ke Bongawan untuk bertemu kedua orang tuaku...
By the way...ni beberapa gambar masa aku kat KK....dah lama aku tak naik MAS ni...
Ni bawah ni gambar kat dalam airport...
Ok...kalau aku nak booking tiket...aku pula ada pilihan AirAsia...so aku ternampak pula prmo ni...aku akan kata, "Oh...boleh booking awal la...emm...bagus ni, boleh juga booking online...tapi, alamak, NO REFUNDS!" So, aku rasa korang faham maksud aku...disebalik very positive wording, terselit satu negative wording...aku rasalah AirAsia lebih bijak dalam promo ni di mana cuma ada bintang kecik kat atas dan akan tertulis *Terms & Conditions Apply. Bila baca terms ni baru ada terms no refund...well, aku rasa MAS patut fikirkan benda nih...
Ni pemandangan dari atas airport KK...cantik...
Kawan belanja aku kat seafood...ni kali ke 4 aku makan kat seafood ni...nama dia tak salah aku Beringgis Seafood...location after Kinarut, seberang sungai kalau dari KK dan berdekatan dengan Outward Bound Sabah. Ni antara koleksi makanan yang fresh...
Ni pula kat kampung aku di Bongawan tu kami panggil Dalus...ntah apa orang Semenanjung panggil....
Ni ketam bakau...orang Semenanjung panggil Ketam Nipah. Kawan aku dari KL tanya aku...halal ke nih? Dua alam ke? Hmm...sebenarnya ketam bakau atau ketam nipah ni bukannya hidup dua alam...ramai terkeliru dengan ketam batu...ketam batu dua alam, tapi bukan ketam nipah...
Ok, meh kita tengok perbezaan antara ketam nipah / bakau ni ngan ketam batu...
1. Ketam nipah / bakau ni bernafas menggunakan insang...kalau cengkerang di buka, akan terdapat insang lembut kat tepi kiri-kanan. Ketam nipah ni boleh hidup tanpa air selama 2 hari je...sebab bila insang kering, dia akan mati...ketam batu plak takde insang ni. Ketam batu seperti katak dan reptilia dua alam, bernafas menggunakan paru2. So, ketam batu boleh hidup berminggu kat darat. Atas dasar biologi inilah beberapa fatwa dikeluarkan bahawa ketam nipah / bakau halal bagi umat Islam manakala ketam batu haram. Boleh le korang rujuk mana2 website agama untuk mendapatkan fatwa ini.
2. Rujuk gambar di bawah ni....
Haaa...tu dia, kalau korang tak tau beza ketam batu ngan ketam nipah @ bakau nih...
Ni pula aku panggil siput cungkil...sedap gak ni kalau tumis cili...kena cungkil isinya kalau nak makan...aku tak tau plak korang panggil ni siput apa...
1. Ketam Bakau masak butter, 1 kg
2. Ketam kulit lembut...mahal gila ni....1kg
3. Udang goreng butter kering, 1kg
4. Ikan merah...tengok dia berenang...pilih je...
5. Kailan belacan
Tengok nih..yummy!
Lepas makan..ni aku sambung...kat bawah ni plak ketam kulit lembut goreng tepung...cepat je abis...
Aku balik pada 20hb May 2009. Petang tu ada saringan swine flu....nampaknya ada 5 orang, kesemuanya student, I guess flight from Hong Kong or China...suspected swine flu...diorang ni kena screen berkali2...kesian gak....
Hmm...penat jugak aku pegi Sabah hari tu...setiap malam aku tido pukuk 3 pagi...member2 forex aku datang serbu aku, mintak ajar ilmu2 yang masih aku sorok. Tapi berbaloi-baloi, sebab diorang berjaya dapatkan beratus2 USD selama 3 hari aku kat sana. Dan penat aku terbayar kerana denagn ilmu yang aku curahkan pada mereka, sehingga mereka mampu meraih beratus USD sehari...apa-apa hal pun tahnia pada mereka...
Nanti aku update lagi blog ni...sebab 2 hari lepas aku balik dari KK ni aku pegi Kedah. Sempat ambik gambar kat salah satu air terjun di Kulim. Hajat di hati, untuk kali ke 2 berhajat untuk mengexplore Gunung Jerai terbantut, sebab hujan lebat di Kedah...nanti aku update...
No comments:
Post a Comment