Bosan Surfing? Download Toolbar & Dengar Radio....

Banyak radio untuk didengar dari seluruh dunia. Download toolbar ini...
toolbar powered by Conduit

Wednesday, June 10, 2009

Cabaran Ke 2 Bermula

Nampaknya cabaran ke 2 telah bermula. Aku dan partner mengumpulkan nombor2 pembekal anak ayam kampung ori untuk mendapatkan bekalan. Kami mula mencari bekalan sekitar 400 ekor. Berbelas2 penternak kami telefon namun masih belum menemuinya.

Zali Agro Farm kat Melaka ada jual...tapi jauh la pulak...baru 3 hari beliau iklankan dah sold out!!!

Antara pembekal yang kami telefon adalah :

1. En. Rosnin, Rubinga Heritage (Sepang) - beliau baru sahaja menjual 400 ekor anak ayam. yang tinggal hanyalah 100 ekor. Aku minta tangguh untuk berbincang. Petang tu telefon lagi. 50 ekor telahpun di beli...tinggal 50 aje...alamak...susah ni. Kami hold dulu. En. Rosnin ni cukup ramah dan informative. Siap beliau cerita pasal inkubator lagi...terimakasih En. Rosnin.

2. En. Azmi, Angsada Ria (Sg. Besar, Selangor) - bro ni pun takde bekalan minggu ni. Tetapi minggu depan beliau ada malah sudah ditempah sebanyak 3000 ekor. Seronok sembang dengan En. Azmi ni sebab beliau cukup ramah walaupun masih belum berjumpa dan pertama kali telefon.

3. En. Hisham, Interexposefarm (Sepang) - bro ni keluarkan 100 ekor anak ayam ori sehari. Tetapi kena ikut giliran, dah 5 org menunggu. Bulan depan baru ada. Beliau janji nak tanyakan kawan2 beliau, kalau ada bekalan. Kalau ada dia kata akan call aku balik....terimakasih atas pertolongan En. Hisham.

4. Tn. Hj. Hanafi, Edenagrofarm - Tn. Haji juga kehabisan bekalan anak ayam kampung. Yang ada, ayam dewasa. Tengok website tu...dahsyat...banyak betul ayam kampung Tn. Haji ni...

5. Pembekal Ayam Joo Long (Kedah) - Call tak dapat. Tetapi petang tu tetiba je tauke ni call balik. Tapi beliau masih tak dapat tentukan bila penghantaran seterusnya. Tetapi beliau berkata minggu depan baru boleh hantar. Beliau setiap minggu membekal anak ayam kampung sehingga ke Johor.

6. En. Azman (Sekinchan) - beliau cuma membekalkan anak ayam kampung untuk contract farming. Kebanyakannya jenis Sasso. Beliau ni cukup ramah dan informative. Banyak info kami dapat dari beliau ni. Kalau nak buat contract farming, beliau boleh berbincang.

Tu antara yang kami telah memberikan respon yang baik. Terimakasih pada semua. Yang lainnya hanya berkata tak ada. Tetapi mereka di atas cuba sedaya upaya membantu kami...Terimakasih.

Biarpun masih belum berhasil mendapatkan anak ayam kampung ori, kami cuba juga berusaha....satu cabaran buat kami yang masih baru ni....satu pengalaman yang cukup bagus untuk kami. Cabaran ni juga membuatkan kami lebih bersemangat untuk menjayakan projek ini.

Korang mungkin tertanya2, mengapa tak booking je minggu depan? Actually aku ni mobile. Minggu depan aku akan berada di Sabah dari 14 - 23 June 2009. Aku akan mobile dari sandakan ke Tawau, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan KK. Sebaliknya dari KK aku akan pergi ke Kedah dari 25 - 27 June 2009. So, aku betul2 takde masa. Terlalu sibuk dengan trading lagi...isshhh...

By the way, di atas menunjukkan betapa anak ayam kampung ori ni seperti 'pisang goreng panas'....ada saja orang sapu....hmmm....

No comments: